Tuesday, February 10, 2015

Stadium Merdeka disah ‘tak selamat’

Sumber: Harian Metro Online

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Stadium Merdeka apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan gelanggang itu tidak boleh digunakan lagi.

Perkembangan berkenaan disahkan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dengan menjelaskan surat sudah dikeluarkan kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk mencari alternatif lain sebagai gelanggang tuan rumah.

Keadaan padang Stadium Merdeka dikritik skuad Sabah yang menentang Kuala Lumpur dalam aksi pembukaan Liga Perdana, Jumaat lalu.



Arena Metro sebelum ini menyiarkan pendapat penyerang Sabah yang pernah beraksi di Piala Dunia 2002 dari Senegal, El Hadji Diouf yang kecewa dengan keadaan padang apabila menyifatkan perlawanan tidak seharusnya dilangsungkan di padang berkenaan.

“Selepas mendapat laporan komisar perlawanan, padang itu tidak akan dibenarkan untuk digunakan lagi hingga FAM diminta melakukan pemeriksaan sekali lagi apabila dibaik pulih KLFA.

“Kami sarankan kepada KLFA untuk menggunakan Stadium UiTM di Shah Alam atau Stadium Hang Jebat di Melaka atau lokasi lain yang sesuai untuk pertandingan Liga Perdana,” jelasnya.

Sementara itu Setiausaha Agung KLFA Ramlan Askolani mengesahkan sudah menerima surat daripada FAM.

“Kami memutuskan untuk beraksi di Stadium UiTM bagi aksi menentang PKNS FC pada perlawanan kedua, Jumaat ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...