Sumber: Stadium Astro (Astor Arena)
Sesuatu yang mengejutkan apabila jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan mendedahkan penyerang importnya, Marlon Alex James tidak lagi bersama The Gladiators.
Sathianathan berkata, perlawanan yang menyaksikan ATM tewas kepada Kelantan 0-2 kelmarin adalah penampilan Marlon bersama ATM.
Dalam laporan Kosmo, Sathianathan diberitahu Marlon bahawa dia sudah mengaku kalah dan tidak boleh lagi bermain akibat sering dilanda kecederaan.
Bekas jurulatih negara itu, turut terkilan kerana penyerang terbabit tidak dapat menjaringkan gol dalam perlawanan terakhirnya.
Beliau kini sedang memburu penyerang baharu bagi menggantikan tempat Marlon, sebelum tarikh tutup pendaftaran kedua pemain import pada 19 April depan.
Dalam pada itu Nadi Arena turut melaporkan, Sathianathan berang dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan Marlon ketika beraksi menentang Kelantan di stadium Selayang.
Pada perlawanan tersebut, Sathianathan cuba mendapatkan kepastian daripada pengadil, Suhaizi Shukri, mengenai punca jaringan pada minit ke-22 itu dibatalkan.
Bagaimanapun reaksi pengadil terbabit menyebabkan pertelingkahan berlaku apabila Sathianathan mendakwa dia diugut Suhaizi dengan layangan kad merah.
No comments:
Post a Comment