Wednesday, April 9, 2014

Yong-Ho sah milik Tentera

Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Bekas kapten skuad Olimpik Korea Selatan 2004, Park Yong-Ho sah menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas pemain itu bersetuju mengikat kontrak lapan bulan bersama pasukan naib juara Piala Malaysia 2012 itu.
Pengendali B Sathianathan nyata gembira dengan perkembangan terbaru itu apabila berjaya mencari pengganti paling ideal di bahagian pertahanan akibat beberapa tonggak utamanya mengalami kecederaan berpanjangan.


K Rueben dan Amirizdwan Taj terpaksa diketepikan sepanjang kancah Liga Super musim ini kerana mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) hingga memaksa Sathianathan mencari pengganti sesuai di posisi itu menjelang pusingan kedua Liga Malaysia nanti.
“Akhirnya pencarian saya berakhir dengan mendapatkan Yong-Ho.
Saya tertarik dengan gaya permainan kerasnya serta bijak membaca permainan.
“Pengalaman Yong-Hosebelum ini ketika bersama pasukan negaranya juga antara kriteria utama kerana saya yakin dia mampu membantu menguatkan pertahanan kita.
“Jika tiada apa-apa halangan dan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) juga diperoleh dalam minggu ini, kemungkinan saya akan turunkan dia untuk menentang Kelantan, Sabtu ini,” katanya semalam.
Menurut jurulatih berusia 55 tahun itu, Yong-Ho diambil menggantikan pemain import dari Australia, Spase Dilevski yang tidak banyak menyumbang kepada pasukan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...