Sumber: Utusan Malaysia
IPOH - Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) telah berkira-kira untuk melantik ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Abu Bakar Fadzim sejak 25 Mac lalu.
Bagaimanapun, Pafa memberikan bekas pemain yang membantu Perak memenangi Piala Malaysia pada 1998 dan 2000 itu masa hingga Sabtu ini untuk membuktikan dia masih layak membimbing skuad Bos Gaurus.
Perak ketika ini berada di tempat tercorot Liga Super dengan hanya mengumpul lapan mata selepas 11 perlawanan.
Ujian untuk Abu Bakar membuktikan kemampuannya pada hujung minggu ini bagaimanapun sangat berat kerana skuadnya akan menentang pasukan di anak tangga ketiga liga, Selangor di gelanggang lawan.
"Rancangan untuk mencari jurulatih baharu sebenarnya telahdibincangkan secara tidak rasmi sewaktu perlawanan menentang Lions XII dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super pusingan pertama sebelum ini (25 Mac lalu).
"Cuma kami tak boleh umum secara rasmi kerana tidak adil sekiranya ketua jurulatih sedia ada tidak diberi peluang. Sekurang-kurangnya, berilah dua, tiga lagi perlawanan kepadanya.
"Mengenai pengambilan jurulatih dari luar negara, saya faham pandangan pengurus pasukan, Datuk Azhar Ahmad yang mahukan yang lebih baik.
"Apapun, saya lebih suka biar dia yang buat pengumuman kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan kenyataan termasuk urusan penggantian pemain import," kata Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kepada wartawan di sini semalam.
Selain itu, Zainol Fadzi turut mengakui menerima emel daripada bekas pemain Perak, Jasco Farac dari Crotia yang menawarkan diri untuk menjadi jurulatih baharu Bos Gaurus.
Namun katanya, hasil perbincangan Farac bersama Azhar dikatakan tidak berlangsung dengan baik kerana pemain yang beraksi pada sesi 2012/2013 itu terlalu 'menekan.
"Pada masa itu, saya hanya ingin mencari penasihat taktikal sahaja kerana sibuk dengan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Memang saya ada tawarkan kepadanya tetapi bukannya berlebih-lebih sangat apabila mahu kedatangannya dinantikan bagi membuat pemilihan ke atas pemain.
"Bahkan, dia juga mahu dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih pada musim depan. Selain itu, dia turut mengugut saya untuk menyiarkan kenyataan dalam Facebook.
Pasukan Perak tahun nie serba tidak menjadi. Pemain import yang diharapkan gagal menunjukkan prestasi terbaik. Teruskan bangkit di pusingan kedua Liga Super 2014 The Bos Gaurus..
ReplyDelete