Thursday, April 3, 2014

Skuad Jang mahu terus rentak cemerlang

Sumber: Harian Metro

Seremban: Biarpun sekadar menang tipis 1-0 ke atas UiTM FC di gelanggang sendiri Jumaat lalu, Negeri Sembilan mahu meneruskan aksi terbaik menentang Perlis, malam esok.

Kapten pasukan Norhafiz Zamani Misbah yakin semangat rakan sepasukan tetap tinggi untuk meneruskan rentak cemerlang bagi memastikan mereka membawa pulang tiga mata.

“Kami akan turun ke Kangar dengan semangat tinggi memburu kemenangan biarpun sedar misi itu bukan mudah kerana beraksi di gelanggang lawan.

“Apa yang perlu kami lakukan adalah berusaha menterjemahkan strategi disusun jurulatih sebaik mungkin dan saya percaya momentum kemenangan ke atas UiTM FC tempoh hari dapat diteruskan di Kangar,” katanya.



Sementara itu, jurulatih Perlis Reduan Abdullah mengingatkan pemain supaya lebih fokus dan tidak mengulangi kesilapan lalu.


Berdasarkan persembahan pasukan, semua kelemahan dikenal pasti sudah ditangani.

“Kita percaya jentera hadapan lawan akan mengasak benteng pertahanan sebaik permainan bermula bagi memburu jaringan. Justeru, semua pemain perlu fokus dan tidak mudah ‘longlai’.


“Kemenangan boleh dicapai andai pemain yakin pada diri sendiri dan saya mahu mereka melakukannya dengan penuh disiplin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...