Tuesday, April 22, 2014

Gantung seumur hidup?

Sumber: Harian Metro
Kelana Jaya: Hukuman maksimum gantung seumur hidup bakal diterima pengurus Johor Darul Takzim II (JDT II) On Jabbar@Jaafar sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul pengadil perlawanan Sukri Abd Rahman selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bakal mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, berdasarkan laporan pegawai perlawanan JDT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang minggu lalu serta bukti rakaman video perlawanan menunjukkan FAM mempunyai alasan kukuh untuk mengheret On menghadap Jawatankuasa Tatatertib. 



“Berdasarkan laporan pegawai perlawanan serta penelitian terhadap video perlawanan kami dapati memang ada kes. Dalam masa terdekat ini kami akan mengeluarkan surat pertuduhan mengikut prosedur dengan individu terbabit diberi masa tujuh hari untuk menjawab surat pertuduhan itu,” katanya. 

On yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mencetuskan kontroversi apabila bertindak menumbuk Sukri sebaik perlawanan tamat selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil itu dalam perlawanan Liga Perdana yang berkesudahan seri 2-2.

Dalam laporan Arena Metro semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM Datuk Astaman Abd Aziz melahirkan rasa kecewa dengan insiden itu dan berharap individu yang tidak boleh mengawal perasaan dan mematuhi peraturan supaya tidak terbabit dalam bola sepak.

Berdasarkan Kod Tatatertib 2.4 dan 2.5 FAM, On boleh dikenakan hukuman gantung minimum enam bulan sehingga maksimum seumur hidup serta denda. 

“Setakat ini kami akan meneliti dulu apakah bentuk pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas beliau sama ada di bawah Kod Tatatertib 2.4 atau 2.5,” kata Hamidin.

3 comments:

  1. http://dianemika93.blogspot.com/2014/04/jersi-iran-piala-dunia-2014-untuk.html

    Sesiapa nak order jersi worldcup 2014 boleh pm atau mesej no ni 0179029534....
    Semua team ada jangan risau....

    ReplyDelete
  2. blog bagus ni tingkatkan terus gan

    http://s55bet.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...