Wednesday, December 24, 2014

PFA jamin selesai tunggakan

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberi jaminan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain skuad ‘Singa Utara’ sejak Jun lepas.

Setiausaha Kehormatnya, Marzuki Mohd Sani berkata PFA sedang membuat pembayaran gaji secara berperingkat dan pemain terlibat akan menerima pembayaran gaji sepenuhnya tidak lama lagi.

“Bukan kami tidak mahu membayar gaji tetapi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain yang menyebabkan pemain lewat menerima gaji masing-masing.

“Kami pernah mengadakan perjumpaan dengan para pemain September lepas di Dewan Pusat Kubang Gajah, Arau, dan rata-rata mereka bersetuju dengan proses pembayaran gaji seperti yang kami terangkan dalam sesi perbincangan itu,” katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...