Tuesday, April 21, 2015

SPA batal hasrat tarik diri Liga Perdana

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Kelab Bolasepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA FC) membatalkan hasrat menarik diri dan akan meneruskan baki saingan Liga Perdana musim ini selepas menyelesaikan masalah kewangan dihadapi.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan SPA FC kendalian Mohd Shah Alias Mohd Norbit akan kekal bersaing hingga penghujung Ogos.

“Pada minggu lalu mereka menghantar surat menarik diri susulan masalah kewangan. Namun saya sudah menerangkan kepada mereka impak yang akan berlaku,” kata Hamidin.



Arena Metro pada Sabtu lalu melaporkan SFA FC, kelab gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mungkin menarik diri berikutan kekangan kewangan dengan pemain sudah dimaklumkan kemungkinan itu berlaku selepas aksi menentang UiTM FC baru-baru ini.

“Selepas mereka mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan dan penaja, masalah itu berjaya diselesaikan dan mereka juga menyatakan kesediaan untuk meneruskan baki saingan,” kata Hamidin.

Keputusan itu menyaksikan saingan Liga Perdana kekal dengan 12 pasukan yang menyaksikan SPA FC menghuni tangga tercorot, mengumpul empat mata selepas lapan perlawanan.

SPA FC akan turun dalam perlawanan kesembilan Liga Perdana menentang T-Team di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...