Monday, May 27, 2013

‘Buang masa!’

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: “Saya tidak nampak sebarang faedah kalau pergi ke Australia dan menentang pasukan liga bawahan.

“Jadi sebagai seorang pemerhati bolasepak, saya minta pihak yang bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan akan kepentingan kem latihan skuad negara ke Canberra dan Sydney bulan depan,” kata bekas pemain negara Khalid Ali.

Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berada dalam misi memperkukuhkan pasukan bagi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia terus menjadi tumpuan apabila dua aksi persahabatan menentang juara Piala AFF 2012, Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 7 Jun ini dibatalkan walaupun kedua-dua pihak sudah lama mencapai persetujuan.


Singapura yang mendapat jurulatih baru dari Jerman, Bernd Stange sebaliknya bertindak mengadakan aksi persahabatan menentang Myanmar dan Laos sebagai ganti dengan FAM pula dengan pantas merancang kem latihan di Australia bermula 3 hingga 15 Jun ini dengan tiga aksi persahabatan menentang Canberra All Stars pada 6 Jun selain dua pasukan liga negeri, Marconi Stallions FC (11 Jun) dan Sydney United FC (13 Jun).

“Pada pandangan saya tidak perlu membazir sehingga perlu ke Australia untuk menentang pasukan seperti ini. Ini bukan skuad yang dikumpulkan untuk mencari pengalaman dengan lawan jelas bukan pasukan yang beraksi di A-League (liga utama Australia), lebih baik jurulatih mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan tempatan yang berkualiti seperti Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

Perkembangan terbaru itu pastinya merugikan skuad kebangsaan terutamanya dalam membaiki ranking ketika negara lain sibuk merencanakan aksi persahabatan antarabangsa berstatus A. Ini secara tidak langsung memberi pandangan bahawa destinasi ke Australia itu lebih kepada rombongan melancong.

“Sekalipun jika kita tidak dapat menentang Singapura, mereka boleh mengatur aksi persahabatan dengan pasukan lain seperti Bangladesh, India dan sebagainya,” katanya.

Seramai 26 pemain dipilih Rajagobal untuk sesi latihan kali ini dengan pemain perlu melaporkan diri Rabu ini, sehari selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang membabitkan sebahagian besar pemain dalam skuad.

1 comment:

  1. Saya sbg.pminat&penyokong setia FAM berpendapat
    taklah 100% buang masa!cuma lebih selesa dan banyak
    kelebihan jika FAM beri pelung kpd.team negara beraksi dengan team yang lebih menonjol dan berkembang bola sepknya dan bukan hanya memilih negara yang nampak terkini kemudahannya atau lebih santai suasananya....pada saya jelas lagi nyata dan lebih menguntungkan jika pasukan negara dilatih dan didedahkan pada suasana yang mencabar atau sedikit tegang tapi selamat contohnya Jepun atau Korea atau Iran,perlu di ditanamkan di jiwa..., kita memperjuangkan maruah negara umpama PAHLAWAN NEGARA DI LAHAT DATU Sana,kenapa harus wang ringgit dan enjoy/santai/canggih pasarananya/populariti jadi pengukur utama....perlu di ingat setiap kekalahan perlawanan....mental tak kuat komennya....sooo what....cambahkannya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...