Sumber: Sinar Harian
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan
Ibrahim kecewa dengan persembahan ditunjukkan Johor Darul Takzim ketika
tewas kepada ATM, semalam.
Beliau turut mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu dan akan menjalankan post-mortem terhadap pasukan.
“Saya tidak menyalahkan jurulatih atau pihak pengurusan pasukan kerana saya sendiri ada bersama pasukan pada setiap sesi latihan dan menyaksikan sendiri segala usaha yang dilakukan.
Beliau turut mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu dan akan menjalankan post-mortem terhadap pasukan.
“Saya tidak menyalahkan jurulatih atau pihak pengurusan pasukan kerana saya sendiri ada bersama pasukan pada setiap sesi latihan dan menyaksikan sendiri segala usaha yang dilakukan.
“Pelbagai kemudahan latihan juga telah disediakan bagi manfaat pemain termasuk sesi video taktikal selain perbincangan bersama jurulatih.
“Tetapi pada akhirnya, yang membuat keputusan untuk menang atau kalah adalah sebelas orang yang beraksi di atas padang,” katanya, di sini semalam.
Tunku Ismail berkata, berdasarkan pemerhatiannya, terdapat pemain yang tidak mempunyai hati dan semangat untuk berjuang demi pasukan selain meletakkan diri sendiri sebelum pasukan.
“Saya mengakui berasa kesal membeli beberapa pemain yang tidak menunjukkan kesungguhan dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya pada bulan Disember nanti.
“Buat masa ini, usaha merebut kejuaraan akan diteruskan dengan pasukan dan kekuatan yang sedia ada,” katanya.
Menurutnya, pada masa depan, hanya pemain yang benar-benar komited dan berazam tinggi menjulang kejuaraan akan diambil untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim.
“Ia termasuk usaha mencari pemain import yang lebih berkualiti. Tumpuan akan diberikan kepada jentera pertahanan dan bahagian tengah,” katanya.
Selain itu, Tunku Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong Johor di atas semangat yang ditunjukkan selama ini.
“Sebagai penyokong Johor, anda berhak mengetahui perkembangan dan permasalahan dalam pasukan dan saya akan memastikan PBNJ akan melakukan segala usaha bagi memperbaiki sebarang kelemahan,” katanya.
No comments:
Post a Comment