Friday, May 10, 2013

Harimau naik dua anak tangga ranking FIFA

Kuala Lumpur: Ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan skuad bolasepak kebangsaan tidak menggugat kedudukannya dalam ranking dunia.

Kedudukan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal (gambar) sebaliknya naik dua anak tangga kepada 161 bulan ini berbanding 163 bulan lalu, berdasarkan senarai ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 sebelum turun satu anak tangga sebulan kemudian dan merudum ke tangga 164 pada Mac.
Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Aruba (152), Bangladesh (154), Lesotho (155) dan Nicaragua (157).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Vietnam (132), Thailand (142), Filipina (144) dan Myanmar (158).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...