Tuesday, June 11, 2013

Bobby Gonzales permata Borneo

  Sumber: Sinar Harian

RASANYA nama Bobby Gonzales mungkin asing bagi segelintir peminat bola sepak tanah air, namun tidak bagi masyarakat di Borneo.
Barangkali, ada yang tidak mengenali langsung dan mengecam pemuda yang berasal daripada Kunak, Sabah ini.

Beliau sebenarnya pernah menganggotai pasukan Malaysia peringkat belia ketika Kejohanan Sekolah Asia pada 2001 dan terlibat dalam kempen Kejohanan Remaja Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Sabah, permulaan karier
Bobby memulakan langkah sebagai pemain bola sepak profesional bersama negeri kelahiran, Sabah dan melakukan kemunculan sulung (debut) menentang Terengganu pada saingan Liga Malaysia 2003.

Pada 2007 dan 2008, permainan Bobby kian meningkat dan muncul penjaring terbanyak bersama rakan sepasukan dari Brazil, Andre Scotti Ossemer dengan ledakan 13 gol.

Penampilan unggulnya pada tahun itu menyebabkan namanya dipilih untuk menjalani latihan dengan pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Malangnya, nasib tidak menyebelahi beliau apabila gagal dalam merebut tempat utama dalam skuad berkenaan.

Bobby mula mengorak langkah dengan menyertai kelab yang berpangkalan di Brunei, Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC pada 2009.

Namun, hasratnya terbantut gara-gara DPMM FC digantung penyertaan dalam Liga M kerana tidak mematuhi peraturan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Berikutan peristiwa itu, Bobby kemudiannya mengambil keputusan sertai kelab KL Plus.


Cipta nama di Sarawak
Bersama Sarawak, Bobby mula menggilap kembali sinarnya yang semakin malap. Beliau bantu pasukan bergelar Ngap Sayot itu duduki tangga kedua Liga Perdana dan layak mara ke Liga Super 2012 serta menggegar 16 jaringan.

Ibarat sirih pulang ke gagang, Bobby kembali semula ke Sabah setahun selepas itu sebelum pulang semula ke Kuching tahun ini.

Beliau dianggap penyerang berbahaya apabila menghasilkan lima gol dalam lima penampilan.

Bobby tetap merendah diri meskipun muncul penjaring terbanyak pasukan dengan 19 gol yang diledak sepanjang musim ini.

Bukan itu sahaja, Bobby menceriakan penyokong setia Ngap Sayot apabila meletakkan pasukannya kembali beraksi di kancah Liga Super 2014.

“Semua kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan. Seluruh pemain Sarawak wajar terima pujian dan kami berjaya bentuk persefahaman hingga membolehkan saya menggegar jaring lawan.

“Peminat jadi tulang belakang dan beri inspirasi kepada saya untuk lakukan yang lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya.


Idam jersi Harimau Malaya
Sementara itu, Bobby tidak terkejut namanya tiba-tiba dikaitkan berada dalam skuad Harimau Malaya yang kini dipimpin Datuk K Rajagobal.

“Saya tidak terfikir layak terima segala pujian. Saya akan buat terbaik jika terpilih sarung jersi pasukan negara pada masa depan dan ia satu kebanggaan,” katanya.

Bobby pernah mewakili pasukan Malaysia Bawah 19 pada tahun 2003 dan 2004.


Profil :
Nama: Bobby Gonzales
Tarikh lahir: 15 Januari 1984
Tempat lahir: Kunak, Sabah
Tinggi: 1.70 m
Posisi: Penyerang
Kelab semasa: Sarawak
Karier remaja
2002–2003 - Sabah FA
 
Pasukan diwakili
2003–2008 - Sabah
2009 - DPMM FC
2009 - KL PLUS
2009–2010 - Sabah
2011 - Sarawak
2012 - Sabah
2013 - Sarawak
 
Pasukan kebangsaan
2003–2004 - Malaysia B-19

2 comments:

  1. Sebenarnya kem Sarawak memiliki ramai bintang bergemerlapan jika diberi kesempatan malangnya bila dah di sana bangku sering menambat kaki mereka hinggakan tidak berkesempatan menonjolkan kewibawaan yang dimiliki jika memiliki peluang pasti.......Lihat saja contoh bekas-bekas bintang Sarawak....Jurulatih OKS,Safee,Joseph KT dan ramai lagi...,yang harus ada adalah peluang diberikan...Bobby pula jelas lagi nyata,cuma kesempatan saja yang belum ada....syabassss Bobby.

    ReplyDelete
  2. Buat peminat bolasepak yang sukakan Jersi pasukan Kebangsaan dan Negeri, dapatkan Jersi Original mereka di www.digital-nets.info

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...