Tuesday, June 18, 2013

Rozabil ganti Shahidan

Sumber: Utusan Malaysia
 
KANGAR - Seorang tokoh korporat, Datuk Rozabil Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi penggal 2013-2016 selepas berakhir Mesyuarat Agung PFA Ke-20 di sebuah hotel di sini semalam.

Rozabil dipilih menerajui persatuan berkenaan bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang masih digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana tindakannya sebelum ini mengkritik badan induk tersebut.

Mesyuarat tersebut juga memilih Azahar Ahmad (Timbalan Presiden), Ir. Shaharuddin Ismail (Naib Presiden 1), Rosli Mat (Naib Presiden 2), Hamunir Hamzah (Naib Presiden 3) serta 10 Ahli Majlis.


Sementara itu, Azahar memberitahu, Rozabil yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut dipilih kerana keyakinan PFA dengan komitmennya untuk membantu PFA khususnya bagi mengatasi masalah kewangan.

"Kami (PFA) percaya presiden baru boleh membantu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi persatuan supaya pembangunan bola sepak Perlis dapat diteruskan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan.
Sebelum itu, kata Azahar, Rozabil sendiri menyatakan persetujuan setelah diberitahu tentang cadangan untuk memilihnya sebagai Presiden PFA.

Selain itu, katanya, mesyuarat semalam membincangkan tentang usul untuk mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan dengan kemelut antara FAM dengan Shahidan, Tan Sri Anuar Musa dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...