Saturday, November 15, 2014

Saya bukan superstar – Diouf

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Penyerang terbaharu Sabah, El Hadji Diouf tidak mahu peminat menganggapnya sebagai superstar meskipun dia pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya bukan faktor kekuatan Sabah, saya perlu kamu...saya ahli keluarga anda semua sekarang, tanpa kamu saya ‘kosong’,” kata penyerang dari Senegal itu dalam lawan web Persatuan Bolasepak Sabah, sabahfa.com semalam.

Prestasinya ketika membantu pasukan negaranya dalam Piala Dunia 2002 telah membuatkan Liverpool terpikat untuk membawanya ke Anfield dari kelab Perancis, Pas-de-Calais.



“Saya datang ke sini bukan sebagai superstar, saya datang ke sini untuk menunjukkan kepada seluruh dunia di mana Sabah berada.

“Saya juga pernah menghadapi saat sukar ketika bersama skuad kebangsaan Senegal suatu ketika dulu, kami melalui perlawanan yang getir tetapi akhirnya layak beraksi di Piala Dunia dan mencipta kejayaan membanggakan.

“Walaupun hanya negara kecil, pasukan bola sepak kami tidak pernah putus asa...kami terus berjuang sehinggalah impian mencipta kejutan di Piala Dunia tercapai,” katanya.

Diouf berkata, sokongan daripada rakan sepasukan sangat penting untuk mencapai sasaran skuad Badak musim depan.

“Tanpa bantuan anda, saya hanya ‘kosong’...pintu saya sentiasa terbuka sekiranya kamu ingin berbincang mengenai apa saja,” katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan serta Ketua Pegawai Eksekutif skuad Badak, Datuk TC Goh kerana memberi kepercayaan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...