Sunday, November 16, 2014

Dakwa tak dibayar gaji

Sumber: Utusan Online

Rangel beri Red Giants seminggu untuk selesaikan atau dia cari pasukan lain 

KUALA LUMPUR - Penjaringan terbanyak Liga Super, Paulo Rangel mengugut untuk meninggalkan Selangor dan mencari pasukan lain dalam tempoh seminggu lagi kerana mendakwa gajinya tidak dibayar.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), dakwanya, tidak menjelaskan gajinya sejak dia menandata­ngani kontrak baharu dengan mereka tiga bulan lalu dalam kenyataan di dalam laman Facebook semalam.

Pemain dari Brazil itu juga mendakwa, pengurusan FAS tidak menghargai sumbangannya kepada pasukan Red Giants dan adalah tidak adil apabila mereka tidak menunaikan janji.


Dia turut meminta maaf kepada peminat Selangor kerana kenya­taannya itu, tetapi katanya majori­tinya ramai yang tidak tahu apa yang berlaku di luar padang.

“Saya begitu sedih dengan apa yang Selangor (FAS) lakukan terhadap diri saya, selepas apa yang telah saya lakukan untuk pasukan ini pada musim lalu.

“Kegembiraan ini (menandatangani kontrak baharu) berubah menjadi kesedihan kerana sehingga sekarang mereka tidak membayar saya dengan apa yang telah mereka janjikan pada hari saya turunkan tandatangan.

“Mereka masih berhutang kepada saya hingga hari ini, saya meminta maaf kepada semua peminat, tetapi saya juga bekerja separti anda...

“Saya berasa sangat sedih kerana terpaksa memberitahu peminat-peminat semua yang menyokong saya dan menghormati kerja saya, terutama peminat Selangor, bahawa jika situasai saya tidak diselesaikan sehingga minggu depan, saya akan meninggalkan pasukan ini dan mencari pasukan yang menghormati kerja saya,” katanya dalam akaun Facebook.

Pemain itu dinobatkan selaku pemenang Kasut Emas pada musim ini selepas menjaringkan 12 gol dalam Liga Super. Dia turut membantu pasukannya mara ke suku akhir Piala Malaysia sebelum dikecewakan oleh Felda United.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...