Friday, July 13, 2012

FAM setuju serah trofi Liga Super di Kota Bharu


Harian Metro

PENYOKONG Kelantan boleh berpesta meraikan kejayaan pasukan mereka menjulang trofi Liga Super di gelanggang keramat, Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu esok apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju menyerahkan trofi itu selepas tamat perlawanan Kelantan dengan Sarawak.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM semalam selepas menilai surat rayuan yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Selasa lalu.

Intai lima pemain


Harian Metro

JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee sedang mengintai untuk memanggil sekurang-kurangnya lima pemain dari pasukan negeri dan kelab tempatan bagi memperkuatkan pasukannya untuk menghadapi kejohanan jemputan Piala Java yang akan berlangsung di Jakarta pada 26-29 Julai ini.

Langkah itu diambil memandangkan beliau kini kehilangan tonggak utama iaitu Muhammad Nazmi Faiz Mansor ke kelab Portugal S C Beira-Mar, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang menjalani ujian percubaan di FC Ryukyu, Jepun.

Perak tetap puas hati


Harian Metro

KEDUDUKAN di tangga keempat tetap pencapaian terbaik buat Perak.

Justeru pengendali sementara Perak, Chong Yee Fatt berharap pemain Seladang memastikan pasukan Yob menduduki posisi itu musim ini. dengan menghasilkan kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur di Ipoh, malam esok.

Thursday, July 12, 2012

Sah, Piala Liga Super Disambut Di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.



Berita gembira kepada semua penyokong The Red Warriors apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya membenarkan Piala Liga Super dijulang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada 14 Julai depan.

Kelantan sedih keputusan FAM


Berita Harian

Kuala Lumpur: Meskipun berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kedua berturut-turut, Kelantan dipalit rasa tidak puas hati apabila buat kali kedua juga terpaksa menjulang trofi berkenaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya.

Kelantan mengesahkan kejuaraan miliknya selepas membelasah Perak 6-0 Sabtu lalu, namun majlis penyampaian trofi tidak akan dibuat pada aksi terakhir menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu ini, seperti diharapkan penyokong The Red Warriors. Sebaliknya FAM memutuskan majlis penyampaian trofi bagi Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diadakan serentak pada jam 3 petang, 20 Julai di Wisma FAM.

Kumpulan maut


Harian Metro

LALUAN skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF cukup berliku apabila diundi bertemu dua musuh tradisi, Indonesia dan Singapura dalam saingan peringkat Kumpulan B yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, November ini.

Biarpun berjaya mengelak daripada bertemu pasukan di ranking lebih tinggi, Vietnam dan Thailand serta pasukan yang sedang meningkat naik, Filipina dalam Kumpulan A, elemen 'musuh tradisi' itu pasti membuatkan pertembungan dalam Kumpulan B lebih hangat.

Wednesday, July 11, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Jadual Perlawanan

PUSINGAN KELAYAKKAN

KUMPULAN A




KUMPULAN B




PERINGKAT KALAH MATI

Red Warriors, Lions XII terima kejutan


Berita Harian

Kelantan dan Lions XII yang masing-masing sudah sah bergelar juara dan naib juara menerima kejutan apabila kecundang kepada lawan mereka pada aksi kedua terakhir Liga Super, malam tadi. 

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team yang melayan kunjungan Lions XII lebih dulu di depan menerusi rembatan pemain sayap Azrul Azran pada minit kelima. Namun, kesilapan pertahanan Rosdi Talib mengeluarkan bola dalam kotak penalti terkena rakan sepasukan Bojan Patric sebelum bola meleret ke gawang sendiri untuk gol penyamaan pelawat pada minit ke-24. 

Selangor sah tempat ketiga

Berita Harian

Balaban cuba melepasi pemain Sabah, Radzi Mohd Hussin dalam saingan Liga Super, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir
Balaban cuba melepasi pemain Sabah, Radzi Mohd Hussin dalam saingan Liga Super, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir


Shah Alam: Selangor mengesahkan tempat ketiga Liga Super musim ini dan layak ke Piala AFC 2013 selepas menewaskan Sabah 3-2 pada aksi kedua terakhir liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kekalahan Sabah itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara, Andrew Majanggim kekal di tangga kedua tercorot liga, sekali gus sah akan beraksi playoff untuk turun ke Liga Perdana musim depan. Pasukan tuan rumah yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi tandukan kapten, Amri Yahyah pada minit ke-15 dan tolakan Solihin Kanasian minit ke-29. 

Wan Zack, Zaharulnizam tekad beri aksi terbaik


Harian Metro

PEMAIN muda negara, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor mengatur langkah pertama dalam memburu cita-cita besar untuk bertapak dalam kancah bola sepak Jepun apabila bertekad untuk memberikan aksi terbaik pada ujian percubaan dengan kelab Divisyen 3, FC Ryukyu.

Kedua-dua tonggak Harimau Muda A itu akan berlepas ke Jepun awal pagi esok untuk menjalani ujian bersama kelab yang berpangkalan di Okinawa itu selama dua minggu.

Selepas berjaya memikat ejen pencari bakat Japan Dream FA, Masao Kiba menerusi aksi pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Tosu, Jepun September tahun lalu, ini masanya untuk Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal membuktikan pemilihan bekas kapten Gomba Osaka itu tepat.

Jika berjaya dalam tempoh percubaan itu, mereka berpeluang untuk menempa nama selaku pemain Malaysia pertama beraksi di negara kuasa besar bola sepak Asia, Jepun.

“Saya ke sana bukan hanya suka-suka tapi mahu beraksi dengan kelab itu. Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi mengenai program sepanjang berada di sana tapi saya sudah membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

LIGA SUPER 2012: Keputusan Perlawanan 10 Julai 2012




10 JULAI 2012 (SELASA)
175
Stadium MP Pasir Gudang
8:45pm
JOHOR FC
2
0
TERENGGANU FA
Fernando de Abreu Ferreira,
Shahrizal Saad
-

174
Stadium SINS KT
8:45pm
TERENGGANU
T-TEAM FC
2
1
LIONS XII FC
Azrul Hazran,
Rosdi Talib
Bojan Petric (Gs)

173
Stadium Negeri Sarawak
8:15pm
SARAWAK
0
0
SELANGOR PKNS FC
-
-

172
Stadium Hang jebat
8:45pm
KL FELDA UNITED FC
1
0
KELANTAN FA
Mickaël Antoine-Curier
-

171
Stadium Perak
8:45pm
PERAK FA
1
2
KEDAH FA
Albert Bodjongo
Badrol Bakhtiar,
Mohd Khyrill Muhaimeen

170
Stadium TAR Paroi
8:45pm
NEGERI SEMBILAN FA
1
1
KUALA LUMPUR FA
Shakir Ali
Pritam Singh

169
Stadium Shah Alam
8:45pm
SELANGOR FA
3
2
SABAH FA
Mohd Amri Yahyah,
Solihin Kanasian,
Bosko Balaban
Brendan Gan,
Rozaimi Abd Rahman



Monday, July 9, 2012

Rozaimi sedia sertai BEC Tero Sasana


Harian Metro

PENYERANG muda negara yang semakin mengukir nama, Rozaimi Abdul Rahman mempertimbangkan hasrat untuk beraksi di luar negara dengan menyertai kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.

Beliau yang ditemui sebaik tamat perlawanan Liga Super menentang Terengganu di Stadium Likas, Kota Kinabalu, di sini, kelmarin, berkata penghijrahan itu mampu memberi pengalaman baru dalam mengejar usaha menjadi pemain terbaik di rantau ini.

Tiada imbuhan besar


Harian Metro

PEMAIN Kelantan tidak dijanjikan sebarang imbuhan besar kerana kejayaan mempertahankan Liga Super selepas menang bergaya ke atas Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurusan pasukan mempunyai sistem tersendiri untuk menghargai kejayaan gergasi Pantai Timur itu dalam setiap perlawanan dan pertandingan.

Sunday, July 8, 2012

Lupakan Piala Asia




PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak akan mengemukakan bantahan rasmi berhubung dakwaan Myanmar menggunakan pemain lebih umur ketika menewaskan Malaysia 2-1 dalam perlawanan Kumpulan G kelayakan Kejohanan Bawah 22 Tahun Piala Asia, Selasa lalu.


Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, persatuan tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong bantahan itu sekiranya dikemukakan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang hanya mengiktiraf dokumen rasmi kerajaan negara asal pemain berkenaan seperti pasport antarabangsa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...