Monday, July 9, 2012

Tiada imbuhan besar


Harian Metro

PEMAIN Kelantan tidak dijanjikan sebarang imbuhan besar kerana kejayaan mempertahankan Liga Super selepas menang bergaya ke atas Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurusan pasukan mempunyai sistem tersendiri untuk menghargai kejayaan gergasi Pantai Timur itu dalam setiap perlawanan dan pertandingan.



Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang digantung itu, pemain akan menerima imbuhan tertentu jika muncul juara dalam kejohanan kalah mati seperti Piala FA atau Piala Malaysia, namun bukan dalam saingan Liga Super.

“Mengikut sistem Kafa, pemain akan menerima insentif jika juara dalam permainan kalah mati, tapi bagi Liga Super, pemain diberi insentif sepanjang masa dan setiap kali memenangi perlawanan.

“Bagi Liga Super, kami tidak menunggu hingga habis musim untuk memberi insentif malah jika mereka (pemain) main bagus dan menang, Kafa akan bagi insentif,” katanya.

Bagaimanapun, Annuar tidak menafikan, pemain Red Warriors akan menerima imbuhan tidak kurang daripada RM3,000 seorang atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...