Saturday, July 7, 2012

ATM sah juara


Harian Metro

LEDAKAN lapan gol mengiringi kemenangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk bergelar juara Liga Perdana musim ini sekali gus menempah tiket ke saingan Liga Super 2013.


Anak-anak buah jurulatih B Sathianathan yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kejuaraan nyata bersemangat tinggi dengan membelasah MP Muar 8 -1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, malam tadi.


Tanpa perlu menanti perlawanan terakhir pada minggu depan, anak-anak buah jurulatih B Sathianathan sudah boleh bergembira apabila mengumpul 51 mata menerusi 16 kemenangan daripada 21 perlawanan sekali gus kejuaraan domestik pertama mereka sejak merangkul Piala FAM lima tahun lalu.




Dua jaringan Marlon Alex James, Christie Jayaselan dan kapten pasukan Hairuddin Omar selain satu jaringan yang disumbangkan Bruno Marteloto dan Yusaini Hafiz memastikan kemenangan besar diraih ATM sekali gus menafikan hasrat pencabar terdekat, Pahang yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.

Kedudukan ini membolehkan Pahang yang dikendalikan Dollah Salleh akan mengharungi pusingan play-off menentang tiga pasukan Liga Super bagi merebut satu tiket yang ditawarkan ke saingan elit bola sepak negara itu pada musim depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...