Thursday, July 26, 2012

Aslam rayu KLFA selesai kemelut


Harian Metro

KAPTEN Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden berharap Persatuan Bola sepak Kuala Lumpur (KLFA) dapat bertindak cepat bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang sudah mencecah tiga bulan bermula Mei lalu.

“Hingga hari ini (semalam) masih tiada bayaran. Saya ada bertemu pihak KLFA yang menyatakan mereka dalam proses mendapatkan bantuan kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyelesaikan perkara ini.


“Seperti pemain lain, saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin terutama menjelang Aidilfitri yang tinggal beberapa minggu lagi. “Kami semua adalah pemain profesional dan hanya mengharapkan bayaran gaji untuk menyara kehidupan,” katanya yang turut mempunyai tunggakan lebih RM10,000 dalam tempoh tiga bulan terbabit.

Situasi terbabit menyebabkan KLFA berdepan kemungkinan dikenakan tindakan tegas Persatuan Bola sepak Malaysia yang tidak membenarkan mereka beraksi untuk Liga Malaysia musim depan andai ia gagal diselesaikan.

Isu tunggakan bayaran gaji itu turut didakwa menyumbang kepada kemerosotan prestasi Kuala Lumpur yang menamatkan saingan Liga Super tanpa sebarang kemenangan selepas mengharungi 26 perlawanan sekali gus menyebabkan tersingkir ke Liga Perdana pada musim depan.selain tidak layak bersaing dalam Piala Malaysia bermula Ogos ini.

Namun pemain berpengalaman luas yang pernah menganggotai kelab pertama menjulang Piala Malaysia, MPPJ pada 2003 bakal dipinjamkan kepada juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan sepanjang saingan merebut piala paling berprestij pada musim ini yang bermula pada 22 Ogos hingga 20 Oktober.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...