Friday, July 6, 2012

Siaran Media AFC - Isu Pemain Myanmar U22



FAM tidak bantah, bukti lemah




Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin hari ini mengesahkan bahawa FAM tidak akan membuat bantahan kepada AFC terhadap pemain lebih umur Myanmar.

Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Kumpulan G di Yangon, Myanmar telah dilanda kontroversi selepas Myanmar dipercayai telah menurunkan pemain lebih umur bagi pasukan Bawah 22 mereka.

Pasukan Malaysia B22 telah membuat bantahan awal sejurus selepas perlawanan dengan Myanmar di Yangon dan AFC telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima bantahan tersebut daripada Komisioner Perlawanan Malaysia B22 vs Myanmar B22 di Yangon.

Mengikut peraturan AFC, pihak FAM harus menghantar surat bantahan rasmi kepada AFC dalam masa 48 jam selepas perlawanan tersebut dan ini bermakna FAM mempunyai masa sehingga jam 6 petang semalam.

Namun, FAM hari ini telah mengesahkan di sidang media bahawa mereka tidak akan menghantar bantahan rasmi kepada AFC kerana bukti yang diterima tidak kukuh dan dikhuatiri jika dihantar bantahan tanpa bukti kukuh, ia hanya akan memberi imej buruk kepada FAM.

"Saya mengesahkan bahawa pasukan Malaysia telah pun menghantar surat bantahan awal semasa mereka berada di Yangon selepas perlawanan." kata Datuk Azzuddin.

Tambahnya lagi: "Pada 5 Julai, semalam, AFC telah memaklumkan kepada FAM bahawa mereka telah menerima surat bantahan awal di Yangon dan telah memberi garis panduan kepada kami tentang apa yang selanjutkan patut dilakukan."

"FAM telah membuat siasatan secara terperinci dan kami terima data-data dari banyak sumber termasuk dari AFC.

"FAM juga berhati-hati agar perkara ini tidak memberi implikasi yang tidak baik kepada imej dan hubungan Malaysia dengan negara ASEAN." jelasnya.

Datuk Azzuddin turut memberitahu beliau juga telah memaklumkan hal ini kepada Presiden FAM dan sebab-sebab mengapa FAM tidak bantah.

Menurutnya lagi, maklumat asas dan rasmi yang diguna oleh AFC adalah berdasarkan dokumen rasmi seperti passport yang telah didaftarkan oleh AFC.

Sukan Asia, Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak jatuh di bawah AFC. Ini bermakna data-data yang dalam pendaftaran Sukan SEA, Sukan Asia dan AFF adalah di luar rujukan AFC.

"Saya mungkin orang terakhir tidak menyokong bantahan ini tetapi pihak sekreteriat perlu berhati-hati supaya tiada implikasi yang akan menjejaskan imej dan kredibiliti FAM." kata Azzuddin.

Menurut AFC, mereka tidak mengambil kira bukti melalui laman web yang tidak diakui oleh mereka kerana laman web boleh diubah atau digodam.

"Bukti yang diberi oleh media dan dari laman web tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti kerana AFC tidak akui bukti seperti itu." jelasnya lagi.

"Kami hanya boleh menggunakan dokumen rasmi yang dihantar oleh kerajaan Myanmar kepada AFC dan tidak menjadi amalan AFC atau FAM untuk mempersoalkan kesahihan dokumen yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Myanmar atau mana-mana kerajaan."

FAM juga telah mendedahkan dokumen peribadi pemain-pemain yang didakwa terlebih umur dan menurut Setiausaha Agung itu, kapten Myanmar B22, Kyaw Zayar Win mempunyai nama yang sama dengan pemain yang lebih tua itu.

"Pemain-pemain ini mempunyai nama yang sama tetapi mereka adalah dua orang yang berlainan berdasarkan paras rupa dan dokumen rasmi kerajaan Myanmar.

"Apa yang disebalik dokumen ini kita tidak tahu tetapi kita hanya boleh berpandukan dokumen-dokumen ini."

Kegagalan FAM untuk menghantar bantahan rasmi kepada AFC ini bermakna tiada penyiasatan ke atas Myanmar akan diadakan


Artikel Sumber: EspnStar.My


Admin Komen: Nampak sangat Kerajaan Malaysia sebuah kerajaan yang lemah. Kita je yang nak jaga hati orang lain. 


PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN !!!!!!!

Sumber :  https://www.facebook.com/supportmalaysialeague

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...