Sumber: Redsfcnews.com
Berita gembira kepada semua penyokong The Red Warriors apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya membenarkan Piala Liga Super dijulang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada 14 Julai depan.
Menurut sumber KAFA kepada RedsfcNews, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah menghubungi mereka dan mengesahkan akan menghantar piala untuk disampaikan kepada pasukan Kelantan.
Pihak persatuan bola sepak The Red Warriors melalui setiausaha agung, Haji Azman Ibrahim dalam satu kenyataan mengucapkan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada FAM kerana menerima rayuan pihak KAFA.
Justeru itu, satu sambutan akan diadakan di Kota Bharu sempena majlis menjulang piala dimana pelbagai aktiviti menarik telah disusun selain 500 helai baju akan diedarkan kepada penyokong yang bertandang.

Ternyata satu berita baik setelah beberapa hari diselubungi dengan isu panas ekoran keengganan FAM untuk mengadakan sambutan di Kota Bharu.
Para penyokong Kelantan yang berada di seluruh negeri, yang berkesempatan hadir dijemput beramai-ramai ke stadium pada Sabtu ini untuk menyaksikan sendiri sejarah The Red Warriors menjulang piala di laman sendiri. -RedsfcNews-
No comments:
Post a Comment