Saturday, January 24, 2015

FAM belum muktamadkan jumlah pengagihan untung

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menetapkan jumlah khusus pengagihan keuntungan hasil dari­pada kerjasama mereka de­ngan syarikat hak media sukan terkemuka MP & Silva.

Sebelum ini badan induk bola sepak kebangsaan itu mengumumkan, MP & Silva dan badan gabungan atau kelab akan bekerjasama di bawah Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang akan diwujudkan, dan akan menjana keuntungan berjumlah RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun.

Pengumuman awal yang dibuat menyatakan, 40 peratus jumlah pendapatan itu akan diberi kepada FAM untuk tujuan pembangunan sementara 30 peratus kepada pasu­kan yang bertanding mana­kala 20 peratus untuk perbelanjaan liga dan 10 peratus kepada pembangunan jurulatih.

Lilitan kapten milik Shahrom

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Mehmet Durakovic mengesahkan tonggak pertahanan tengah Muhammad Shahrom Abd Kalam dilantik kapten Merah Kuning bagi mengharungi musim 2015.

Beliau berkata, pemilihan itu kerana persembahan hebat dipamerkan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu musim lalu selain karisma sebagai pemimpin dalam padang.

“Kami mempunyai rekod dibolosi paling sedikit musim lalu. Namun saya tidak mahu memberikan pujian kepada Shahrom saja kerana pemain pertahanan lain turut memainkan peranan penting,” kata pengendali dari Australia itu.

Jadikan kes Gary iktibar

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: “Kita nak semua pemain faham mengenai kontrak, bukan semata-mata hendak menghukum mana-mana pihak.”

Itu reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai mempertahankan cadangannya supaya menetapkan hukuman lebih berat gantung semusim kepada pemain didapati bersalah menandatangani kontrak dengan dua pasukan.

Cadangan disuarakan Tengku Abdullah itu mengundang pandangan bercampur baur pelbagai pihak dengan ada yang menganggap ia bagus untuk memberikan pengajaran kepada pemain supaya lebih menghormati kontrak. Tetapi ada juga yang tidak setuju kerana hukuman itu dilihat kurang adil serta terlalu berat.

Makin kusut!

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Kemelut perebutan membabitkan Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir semakin kusut dan dijangka berpanjangan apabila FELDA United tidak berhasrat membatalkan kontrak pemain berkenaan seperti diingini Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Timbalan Presiden FELDA United Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata, pihak pengurusan kelab berkenaan sudah mengadakan perbincangan malam tadi dan mencapai ketetapan berhubung kedudukan pemain berkenaan.

Sunday, January 18, 2015

Dihukum kerana ‘lari’

Mohd. Faizol Hussain

Sumber: Utusan Online

Kena bayar RM120,000 kepada PBNP ekoran lari ke JDT II

KUALA LUMPUR - Gara-gara melarikan diri ke Johor Darul Ta’zim (JDT) II ketika masih ada kontrak dengan skuad Tok Gajah, Mohd. Faizol Hussein diarah membayar tebus kontrak kepada bekas majikan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengikut gaji bulanannya sebanyak RM10,000 selama 12 bulan (RM120,000).

Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain tengah itu telah mengikut segala prosedur yang te­lah ditetapkan mengikut Artikel 15 (a); Status dan Pemindahan Pemain berkaitan tebus kontrak.

“Faizol telah menghantar notis kepada PBNP untuk me­nebus kontrak. Tetapi malangnya bekas majikannya tidak memanggil sebagaimana peruntukan dalam peraturan.

SAFA pecat O'Callaghan, Fazrul

Sumber: Utusan Online

KOTA KINABALU – Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bertindak memecat serta merta pengurusnya, George O'Callaghan yang gagal me­nunjukkan muka selama seminggu dengan pasukan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif SAFA, Datuk Seri Dr. T.C Goh berkata, selain tindakan tegas tersebut dikenakan terhadap O'Callaghan, persatuan bola sepak negeri turut mengenakan tindakan sama ke atas Fazrul Nawaz yang gagal mengha­diri sesi latihan.

Katanya, persatuan memandang berat kesalahan yang dilakukan oleh O'Callaghan dan penyerang dari Singapura tersebut kerana SAFA sangat menitik beratkan soal disipilin dalam kalangan pemain serta pegawai.

Saturday, January 17, 2015

Ash dedah punca tinggalkan TRW


Sumber: Facebook Real Mulia FC

Mendengar nama 'wonderkid' Ash Hameed sebagai pemain baru Real Mulia FC, pastinya menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat pasukan Kelantan memandangkan pemain ini baru menandatangani kontrak bersama pasukan dari pantai timur itu dan diperkenalkan secara rasmi kepada peminat pada 1 Disember lalu.

Ada yang membuat andaian dia dipinjamkan tetapi pada hakikatnya Ash dan TRW sudahpun mencapai 'mutual termination' (persetujuan bersama untuk penamatan kontrak) dan pemain ini menyertai RMFC sebagai ejen bebas.

Friday, January 16, 2015

FAM : GARY DIGANTUNG 3 BULAN

Sumber: Facebook Kedah FA

ISU GARY STEVEN ROBART TELAH DIPUTUSKAN.

Menurut Penolong Pengurus Kedah FA, En. Shafarizam Baderon yang hadir dalam perbicaraan pagi ini, keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Status Pemain FAM mengesahkan pemain yang menjadi pertikaian Kedah dan JDT FC, Gary Steven Robart adalah milik FAM.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi JK Status Pemain FAM, YB Dato' Haji Takiyuddin Hassan dengan pertimbangan Gary dari asal penglibatan dalam bolasepak memulakan kariernya dengan pasukan dibawah kendalian FAM iaitu Harimau Muda C.


Wednesday, January 14, 2015

LIGA FAM 2015

19 pasukan akan bertanding didalam LIGA FAM 2015.

Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Juara kumpulan akan layak ke Liga Premier 2016.

Juara Liga FAM 2015 akan ditentukan melalui juara setiap kumpulan.


Kumpulan A (10 pasukan)

Perlis 
Shahzan Muda
PBAPP FC
Sungai Ara FC
Hulu Terengganu FC
UKM FC
Felcra FC
Real Mulia FC
NS Penjara FC
Selangor Megah Murni FC

Kumpulan B (9 pasukan)

Melaka
Harimau Muda C
KL MOF FC
MISC - MIFA
Persatuan Bolasepak Melayu Kedah
Air Asia Allstars FC
JDT III
Persatuan Bolasepak Ipoh
KL Young Fighters FC


Tuesday, January 13, 2015

Yunus, Rajagobal berganding di Real Mulia

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kini menyandang jawatan selaku Penasihat Real Mulia FC, sekali gus menepis ura-ura sebelum ini bahawa dia akan menyertai salah sebuah pasukan dalam Liga Super atau ke Singapura.

Kelab bola sepak milik Tengku Fahd Mu’adzam Shah, anakanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ini akan beraksi dalam Liga FAM, pertandingan divi­syen tiga Liga Malaysia mulai Mac depan. Rajagobal, 59, yang menerajui Harimau Malaya menjulang Piala AFF juga didapati telah mengha­diri sesi ujian pemilihan terakhir Real Mulia di Stadium Merdeka di sini minggu lalu. Real Mulia yang dinamakan bersempena kelab ternama Sepanyol, Real Madrid, turut melantik bekas pemain negara dan Pahang, Yunus Alif sebagai ketua jurulatihnya.

Saturday, January 10, 2015

Dapat dua bulan saja?

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR – Walaupun isu tunggakan gaji lima bulan pemain Perlis dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) diakhiri dengan baik kelmarin, namun jumlah yang dibayar kepada mereka terus kekal menjadi misteri.

Berdasarkan sumber yang dipercayai, 10 pemain Perlis termasuk tonggak import dari Ivory Coast, Dao Bakary hanya dibayar gaji dua bulan daripada lima bulan yang tertunggak, tidak sampai separuh daripada tuntutan ke­seluruhan.

Azam tekad tingkat prestasi

Sumber: Harian Metro

Kuantan: Biarpun sedar peluang untuk diserapkan dalam kesebelasan utama agak tipis, bekas pemain Harimau Muda B, Mohd Nor Azam Azih tetap dengan misi menambat perhatian pengurusan skuad Tok Gajah musim ini.

Pemain kelahiran Jengka 21, Maran itu berkata, kehadirannya bersama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan diharap memberikan petanda positif terutama menimba sebanyak mungkin pengalaman bersama Pahang yang juga juara treble, musim lalu.

Razip mahu pengecualian aksi Liga-S, tumpu AFC B-23

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Razip Ismail berharap saingan Liga Singapura (Liga-S) yang bakal bermula Mac depan tidak akan mengganggu persiapan akhir anak buahnya sebelum mengharungi misi penting Kelayakan AFC B-23.

Pengendali itu berkata, sehingga kini beliau masih belum mendapat maklumat rasmi jadual Liga-S dan mengaku menyukarkannya membuat perancangan awal mengenai kem latihan pusat skuad B-22 sebelum pusingan kelayakan bermula di Stadium Shah Alam, 27 hingga 31 Mac ini.

Thursday, January 8, 2015

PKNS diam-diam ubi berisi

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja pasukan PKNS tersingkir ke sai­ngan Liga Perdana pada musim ini, tiada banyak perkara diketahui mengenai persiapan mereka kecuali penghijrahan beberapa pemain utama seperti Helmi Remeli, Fauzan Dzulkifli dan Mohd. Remezey Che Ros

Skuad The Red Ants juga kehilangan ketua jurulatih selepas pengendali sementara, Annuar Abu Bakar memilih haluan ke Selangor yang membuatkan ramai menjangkakan PKNS seperti terkapai-kapai bagi menghadapi perjuangan musim ini.

Namun, rupa-rupanya pe­ngurusan PKNS telah melakukan persiapan cukup rapi bagi memastikan mereka hanya semusim ber­ada dalam Liga Perdana dengan membawa masuk jurulatih dan pemain berpengalaman bagi mewarnai cabaran.

Nasib Gary diketahui Jumaat depan

Sumber: Harian Metro

Kelana Jaya: Nasib pemain tengah kontroversi Gary Steven Robbat bakal diketahui Jumaat depan selepas dia dipanggil menghadap Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara menandatangani kontrak dengan dua pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Pahang musim ini.

Pertemuan itu juga bakal merungkai persoalan sama ada Gary, 22, adalah milik negeri kelahirannya Kedah atau sebaliknya selepas tamat kontrak dengan Harimau Muda A bulan lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Datuk Takiyuddin Hassan, Gary sudah membalas surat tunjuk sebab kepada FAM semalam dan pihaknya sedia untuk memanggil semua pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian.

Tunggakan selesai!

Sumber: Harian Metro

Kelana Jaya: Isu rasuah dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abd Rahman sebelum ini seakan ‘sembang kosong’ apabila ia dianggap selesai sebaik kemelut tunggakan gaji pemain skuad Singa Utara itu berakhir semalam.

Jika sebelum ini Rozabil yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cukup lantang mendakwa beliau mempunyai bukti mengaitkan pemain terbabit dengan gejala mengatur perlawanan namun nadanya cukup berbeza pada sidang media selepas mengadakan pertemuan khas dengan 11 daripada 12 pemain yang menuntut gaji tertunggak selama lima bulan musim lalu.

Monday, January 5, 2015

PBNJ TUBUH SYARIKAT KESELAMATAN

Sumber: Stadium Astro

Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menubuhkan sebuah syarikat keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan orang ramai di Stadium Larkin sewaktu perlawanan bola sepak, Bermula musim depan.

Menurut PBNJ, langkah tersebut dibuat memandangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Presiden PBNJ amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai yang hadir menyaksikan perlawanan.

Farizal yakin The Fighters raih trofi

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun yakin The Fighters mampu merealisasikan impian pihak pengurusan untuk meraih satu piala pada saingan Liga Malaysia 2015 yang bermula bulan depan.

Skuad kendalian jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim itu mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu termasuk trio importnya, Edward Junior Wilson, Makeche Ndumba dan Zah Rahan Krangar, yang dilabel antara yang terbaik selain membawa masuk beberapa muka baru bagi menambahkan kekuatan.

Thursday, January 1, 2015

LIGA FAM 2015

Sebanyak 17 pasukan dijangka akan menyertai Liga FAM 2015.


Pasukan yang dijangka bertanding dan gelanggang home seperti berikut:-


1. Hanelang FC - Padang Astaka Kuala Berang
2. Melaka United - Stadium Hang Jebat, Paya Rumput
3. Sungai Ara FC - Stadium Mini Sungai Ara, P. Pinang 
4. Kedah United - Padang MADA, Alor Star
5. Shahzan Muda SC - Stadium Mini MP Temerloh
6. MISC-MIFA - Stadium UPM Serdang
7. MOF FC - Stadium INSPENS Bangi
8. Harimau Muda C - Stadium MAYBANK Bangi

9. Perlis FA - Stadium Utama, Kangar
10. PBAPP FC - Stadium USM, P.Pinang
11. Megah Murni FC - Lembah Klang (ground TBC)
12. JDT III - Stadium MP Pasir Gudang
13. Penjara Malaysia FC - Melaka (ground TBC)
14. Air Asia FC - Stadium UPM Serdang
15. UKM FC - Stadium UKM Bangi
16. Royal Mulia FC - Stadium UKM Bangi
17. Felcra FC - Bangi (ground TBC)

Sabah Cebagoo FC dan Perak YBU telah menarik diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...