Saturday, January 10, 2015

Razip mahu pengecualian aksi Liga-S, tumpu AFC B-23

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Razip Ismail berharap saingan Liga Singapura (Liga-S) yang bakal bermula Mac depan tidak akan mengganggu persiapan akhir anak buahnya sebelum mengharungi misi penting Kelayakan AFC B-23.

Pengendali itu berkata, sehingga kini beliau masih belum mendapat maklumat rasmi jadual Liga-S dan mengaku menyukarkannya membuat perancangan awal mengenai kem latihan pusat skuad B-22 sebelum pusingan kelayakan bermula di Stadium Shah Alam, 27 hingga 31 Mac ini.



“Setakat ini apa yang saya difahamkan Liga Singapura akan bermula pada 1 Mac tapi saya tidak tahu berapa pasukan yang akan beraksi pada tarikh itu. 

Kalau mengikut maklumat awal kami akan beraksi dua perlawanan pada Mac ini tapi tarikhnya belum pasti. Jika perlawanan itu diadakan pada pertengahan Mac pasti menyukarkan kami untuk mengadakan latihan pusat Kelayakan AFC nanti.

“Jika perlawanan liga terlalu hampir dengan pusingan kelayakan itu, saya berharap pasukan Harimau Muda akan mendapat pengecualian beraksi kerana saya mahu menggunakan tempoh itu bagi latihan pusat di luar negara,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Razip diberikan dua tugasan iaitu memimpin skuad B-22 dan skuad Harimau Muda B bagi kelayakan AFC serta kempen Liga-S selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan Datuk Ong Kim Swee hanya memberi fokus kepada Sukan SEA Singapura Jun ini.

Razip, 52, bekas pemain dan jurulatih Kuala Lumpur itu memikul tugas mencabar apabila anak buahnya diundi berdepan Jepun, Macau dan Vietnam bagi kelayakan AFC B-23 namun beliau percaya misi untuk merebut slot ke pusingan akhir di Qatar tahun depan bukan sesuatu yang mustahil.

“Saya sekarang mempunyai 27 pemain dan mungkin memanggil beberapa pemain luar untuk memantapkan pasukan. Memang sukar kerana pasukan pilihan Jepun turut berada dalam kumpulan tapi kami akan berusaha. Selain tiket selaku juara kumpulan, kami juga boleh layak sekiranya menjadi lima pasukan naib juara terbaik. Jadi kami perlu mengumpul mata sebanyak yang boleh,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...