Monday, January 5, 2015

PBNJ TUBUH SYARIKAT KESELAMATAN

Sumber: Stadium Astro

Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menubuhkan sebuah syarikat keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan orang ramai di Stadium Larkin sewaktu perlawanan bola sepak, Bermula musim depan.

Menurut PBNJ, langkah tersebut dibuat memandangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Presiden PBNJ amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai yang hadir menyaksikan perlawanan.



Mereka menjelaskan sebanyak 1,000 marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan.

"Untuk memastikan setiap marshal merupakan anggota yang berkualiti, mereka dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh Polis Diraja Malaysia dan Askar Timbalan Setia Negeri," demikian menurut PBNJ menerusi laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim; Johor Southern Tigers.

PBNJ menjelaskan marshal bertugas berperanan memastikan keselamatan penyokong tuan rumah dan pelawat.

Melalui langkah itu, PBNJ berharap ia akan menjadikan setiap perlawanan di Stadium Larkin selamat dan menghiburkan bagi semua peminat bola sepak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...