Saturday, January 24, 2015

Makin kusut!

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Kemelut perebutan membabitkan Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir semakin kusut dan dijangka berpanjangan apabila FELDA United tidak berhasrat membatalkan kontrak pemain berkenaan seperti diingini Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Timbalan Presiden FELDA United Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata, pihak pengurusan kelab berkenaan sudah mengadakan perbincangan malam tadi dan mencapai ketetapan berhubung kedudukan pemain berkenaan.



“Pihak pengurusan FELDA United berbincang dan bersetuju sebulat suara sama sekali tidak akan membatalkan kontrak Ferris Daniel,” katanya.

Tegasnya, bekas pemain Harimau Muda berkenaan akan tetap beraksi dengan FELDA United musim ini.

Annuar menerusi laporan media semalam berkata, kaedah terbaik untuk Ferris Danial adalah membatalkan kontrak dan pemain yang dilahirkan menerusi produk Piala Presiden Kelantan itu kembali bersama pasukan negeri itu terlebih dulu.

Penyerang berusia 22 tahun berkenaan beraksi bersama Harimau Muda sejak 2010 dengan Annuar berkata, pemain berkenaan juga berhak untuk menentukan hala tujunya bersama pasukan lain jika kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan bersama.

Ia termasuklah kemungkinan meminjamkan pemain berkenaan.

Ferris Daniel sejak menandatangani kontrak bersama FELDA United sudah menyertai latihan dan aksi pra-musim di luar negara bersama skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim selain turut meledak jaringan untuk The Fighters.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...