Sunday, January 18, 2015

Dihukum kerana ‘lari’

Mohd. Faizol Hussain

Sumber: Utusan Online

Kena bayar RM120,000 kepada PBNP ekoran lari ke JDT II

KUALA LUMPUR - Gara-gara melarikan diri ke Johor Darul Ta’zim (JDT) II ketika masih ada kontrak dengan skuad Tok Gajah, Mohd. Faizol Hussein diarah membayar tebus kontrak kepada bekas majikan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengikut gaji bulanannya sebanyak RM10,000 selama 12 bulan (RM120,000).

Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain tengah itu telah mengikut segala prosedur yang te­lah ditetapkan mengikut Artikel 15 (a); Status dan Pemindahan Pemain berkaitan tebus kontrak.

“Faizol telah menghantar notis kepada PBNP untuk me­nebus kontrak. Tetapi malangnya bekas majikannya tidak memanggil sebagaimana peruntukan dalam peraturan.



“Sepatutnya PBNP kena panggil pemain itu untuk bincang bagaimana hendak menyelesaikan masalah dan kalau tak dapat cari jalan penyelesaian barulah di bawa ke Jawatankuasa Status FAM.

“Jadi, ia adalah satu tebus kontrak mengikut formula yang ada dalam peraturan yang kita gunakan, Faizol perlu membayar kepada PBNP sebanyak mana gaji yang diterima berdasarkan perjanjian dan didarab dengan baki kontrak semasa di Pahang.

“Gaji Faizol di Pahang RM10,000 dan jumlah bulan yang dia terikat dengan kontrak pula 12 bulan, jadi dia kena bayar RM120,000.

“Oleh kerana PBNP sudah membayar gaji Faizol pada bulan Disember sebanyak RM10,000, dengan bukti yang telah kami te­rima, maka dia kena pulang balik menjadi RM130,000,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Status di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran keras kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kerana telah menimbulkan kecuaian dalam pendaftaran Faizol yang tidak wajar berlaku berikutan pemain itu masih terikat kontrak dengan Pahang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...