Sunday, October 28, 2012

Perak sambar Azidan Sarudin dan S. Chanturu


Pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin, 26, menjadi pemain luar yang ketujuh diikat oleh Perak bagi Liga Super musim 2013 akan datang.

Pengurus Pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengesahkan pengambilan Azidan bagi menguatkan bahagian tengah bersama-sama Shahrulnizam Mustapa.

Sebelum ini, penyerang Kelantan, S. Chanturu menjadi pemain keenam yang diikat oleh Perak walaupun masih menghadapi masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun Perak tetap percaya Chanturu mampu pulih daripada kecederaannya dan mampu memulakan latihan bersama-sama pemain lain pada bulan Disember ini.

Sokongan peminat semakin menurun - Kelab Penyokong Melaka



KUALA LUMPUR - Buat masa ini, hanya tiga pasukan negeri, Pulau Pinang, Perlis dan Melaka bakal bersaing dalam Liga FAM - liga yang berada di bawah saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Berbanding Pulau Pinang dan Perlis, penyokong mereka mungkin sempat pernah merasai zaman kegemilangan skuad kesayangan mereka pada penghujung era 90-an dan awal tahun 2000 dengan meraih pelbagai kejayaan.

Berbeza dengan penyokong Melaka, tiada apa boleh dibanggakan jika ditanya apakah pencapaian paling menarik dalam sejarah bola sepak negara kecuali menjuarai liga pada tahun 1983, malah belum pernah menjuarai Piala HMS Malaya atau Piala Malaysia sejak tahun 1921 di samping Piala FA.

Paling menyedihkan Melaka merupakan satu-satunya pasukan negeri di negara ini yang tidak pernah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Hajat Mat Yo terbantut



KOTA BHARU- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak membenarkan hasrat penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha daripada berhijrah ke pasukan lain pada musim depan.

Naib Presidennya, Rosmadi Ismail berkata, pemain kebangsaan itu telah membuat permohonan untuk berhijrah ke pasukan lain tetapi ditolak oleh pihak pengurusan.

Beliau berkata, Norshahrul masih mempunyai baki kontrak setahun lagi dengan pasukan The Red Warriors.

"Jawatankuasa pasukan yang telah mengadakan mesyuarat, membuat keputusan menolak permohonan Norshahrul atas alasan masih mempunyai kontrak setahun beraksi dengan Kelantan dan suratnya saya serahkan sendiri kepada beliau di Kuala Lumpur tiga hari lalu.

Saturday, October 27, 2012

Pahang tak sambung kontrak Inez, Kochkin


Harian Metro

JODOH dua pemain import Pahang, Maycon Carvalho Inez dari Brazil dan Boris Kochkin dari Russia tidak panjang apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) memutuskan tidak menyambung kontrak dua pemain itu.

Setiausaha PBNP, Fuzzemi Ibrahim, berkata biarpun kontrak dua pemain itu berakhir 31 November depan, pihaknya melepaskan mereka lebih awal bagi memudahkan mereka mencari pasukan baru.


Kunanlan terima tawaran Selangor


PEMAIN sayap kiri Negeri Sembilan, S Kunanlan, mengesahkan bakal berubah angin apabila menerima tawaran Selangor pada kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, selepas menabur bakti dan memerah keringat selama lebih lima tahun bersama skuad itu.

Pemain lincah berusia 26 tahun berasal dari Semenyih itu berkata, keputusan ke skuad Red Giants, bukan bermakna sudah tiada keserasian dengan pasukan lamanya tapi untuk menimba pengalaman dan memantapkan lagi persembahannya.


Safiq Rahim pilih Johor


KUALA LUMPUR - Jika tahun lalu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul sebagai Manchester City Malaysia nampaknya gelaran itu bakal diraih oleh pasukan Johor FC atau yang mahu dikenali sebagai Johor pada musim depan.

Selepas Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim dikaitkan hampir pasti akan berpindah ke Johor, yang terbaru, ketua pasukan Harimau Malaya dan Selangor, Safiq Rahim difahamkan sudah menjadi milik skuad dari negeri selatan tanah air itu.

Saya telah buktikan di Vietnam - Kim Swee


SEPANG - Sebelum membawa diri ke Vietnam bagi menghadapi Piala Newspaper, jurulatih Bawah 21 negara, Ong Kim Swee menerima tamparan hebat apabila kehilangan lima pemain utama akibat disambar oleh jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal bagi beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong.

Ketiadaan Izham Tarmizi Roslan, Mohd. Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Zubir Azmi seolah-olah dilihat mematahkan semangat Kim Swee apabila awal-awal lagi mengibar bendera putih untuk menjadi juara dengan alasan terpaksa menagih khidmat pemain kurang berpengalaman.

Monday, August 20, 2012

Mohd Afiq perlu masa cari keserasian


Harian Metro

PENYERANG Kuala Lumpur yang dipinjamkan ke Kelantan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia, Mohd Afiq Azmi mengakui masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian lebih mantap bersama pemain pasukan barunya itu.

Bagaimanapun, dia yang mula menjalani latihan sejak 28 Julai lalu cepat menyesuaikan diri dalam pasukan The Red Warriors (TRW) yang bakal berdepan cabaran Terengganu pada saingan pertama peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia, 22 Ogos ini. “Saya masih mencari rentak bersama TRW yang diundi dalam kumpulan maut bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kempen Piala Malaysia musim ini.

‘Ini balasan saya terima’


Harian Metro

SAYU hati bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris, mengenangkan nasib malangnya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ketika menandatangani kontrak dua tahun sebagai ketua jurulatih akhir tahun lalu, sedikit pun tidak terlintas di fikirannya yang beliau akan kehilangan jawatan dua bulan sebelum tibanya Ramadan tahun ini.

Menurut jurulatih berusia 54 tahun itu, kepulangannya ke Terengganu untuk mengambil tempat Irfan Bakti bagaikan mimpi menjadi kenyataan kerana pada 2001, dia pernah mengecapi saat manis menjulang Piala Malaysia sebagai jurulatih pasukan Penyu.

Cuma gantung satu perlawanan

Mohammad Ghaddar (kanan) digantung satu perlawanan dan didenda RM2,000 atas pergaduhan dengan pemain Selangor.


KUALA LUMPUR - Pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar terselamat daripada dikenakan hukuman yang lebih berat apabila Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya mengenakan penggantungan satu perlawanan dan denda RM 2,000.

Menurut pengerusinya, Datuk Taufik Abdul Razak, pemain yang berasal dari Lebanon itu didapati bersalah di bawah Kod 2.4 Tataetika FAM 2012 kerana tidak mempunyai semangat kesukanan apabila mengasari pemain lawan, Bunyamin Omar pada perlawanan Kelantan berdepan Selangor dalam satu perlawanan Liga Super pada 29 Jun lalu.

Friday, August 3, 2012

Sabah FA tolak tawaran Tero Sasana


Sumber: EspnStar.My

Persatuan Bola Sepak Sabah telah menolak tawaran kelab Thailand, BEC Tero Sasana untuk bintang muda, Rozaimi Abd Rahman.

BEC Tero Sasana semalam telah menawarkan kontrak selama dua tahun kepada Rozaimi Abd Rahman tanpa perlu hadir ujian pemilihan.

Menurut akhbar Arena Metro, kelab liga utama Thailand itu memutuskan untuk menawarkan kontrak kepada Rozaimi selepas usaha untuk mendapatkan pemain Indonesia, Titus Bonai tidak berjaya.

Pikat Tero Sasana


Harian Metro

PEMAIN muda negara, Rozaimi Abd Rahman terus diburu BEC Tero Sasana apabila kelab liga utama Thailand itu semalam menawarkan kontrak sebagai pemain profesional tanpa perlu menjalani ujian pemilihan.

Keputusan terbaru dilakukan BEC Tero Sasana itu berikutan rundingan mereka untuk mendapatkan pemain bintang Indonesia yang mewakili Persipura Jayapura, Titus Bonai gagal menemui jalan penyelesaian kelmarin.

Pengarah Urusan Golden Sport Management, Zulfikar Amizan Ahamed yang membantu urusan perpindahan itu berkata, beliau sudah mengemukakan surat tawaran itu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Alijus Sipil, semalam.

Thursday, August 2, 2012

PEMAIN PINJAMAN PIALA MALAYSIA 2012


PEMAIN PINJAMAN PIALA MALAYSIA 2012
Kemaskini 31 Julai 2012


KELANTAN
·         Mohamed Aslam Haja Najumudden (KL)
·         Afiq Azmi (KL)
·         Mafry Balang (Sabah)

SELANGOR
·         Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
·         S. Venood (USM FC)

T-TEAM
·         Shahrul Azhar Ture (Sabah)
·         Sumardi Hajalan (Sabah)
·         Mohd Fauzi bdul Majid (PDRM)

NEGERI SEMBILAN
·         Khairul Izuan Abdullah (PDRM)

SARAWAK
·         Shahrudin Yakup (Sabah)
·         Bobby Gonzales (Sabah)

PERAK
·         Mohd Reithaudin Emran (Sabah)
·         Faris Azlan (Sabah)
·         Julamri Mohd (Sabah)

NEGERI SEMBILAN
·         Ronny Harun (Sabah)

JOHOR FC
·         Mohd Aizulridzwan Razali (POS Malaysia)
·         Mohd Akmal Mohd Noor (USM FC)




Kelantan dalam kumpulan maut


gambar kredit : FB Jengking Fan Club

artikel sumber: espnstar.my

Kelantan telah diundi dalam kumpulan maut bersama dengan Kedah, ATM dan Terengganu untuk saingan Piala Malaysia 2012.

Undian Piala Malaysia 2012 yang diadakan di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur pada jam 6 petang tadi dihadiri oleh kapten pasukan, jurulatih dan pegawai Liga Malaysia.

Kelihatannya pasukan jemputan dan Naib Juara Liga Super, LIONSXII mempunyai laluan mudah apabila diundi bersama dua pasukan dari Johor, Johor FA dan Johor FC serta Selangor PKNS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...