Friday, November 4, 2011

‘Dia nak RM20,000 kita dah beri’

GAJI RM20,000 sebulan. Itu tawaran yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kepada Irfan Bakti yang telah membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad bola sepak Terengganu.
Perkara itu dinyatakan sendiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berharap semua pihak menghormati keputusan jurulatih kelahiran Kelan- tan berusia 60 tahun itu yang memilih Sela- ngor sebagai destinasi baharu.
“Dia dah minta naik gaji dari RM18,000 sebulan kepada RM20,000, kita dah beri. Tapi kita kena hormati juga hasrat dia nak tinggalkan Terengganu, mungkin Selangor tawar lebih baik lagi,” katanya kepada pemberita di Kemaman semalam.
Malah, Ahmad yang merupakan peminat No. 1 bola sepak di Terengganu akhirnya se- cara terbuka merelakan pemergian juru- latih itu, sekali pun ia merupakan satu kepu- tusan yang sukar.
Katanya, Irfan yang enggan menyambung kontrak selama dua tahun bersama PBSNT apabila kontrak asalnya berakhir pada 30 November ini, mempunyai hak untuk berbuat demikian demi masa depannya dalam membangunkan sukan bola sepak negara.
“Perkara ini biasa kerana seseorang juru- latih tak akan kekal lama dengan satu-satu pasukan.
“Bila mereka ada di kemuncak mungkin mereka akan hadapi tekanan lebih besar, jadi mereka akan fikir tawaran lain.
“Kita tak boleh paksa kerana dia mungkin perlukan suasana yang lebih menggembira- kan dan tiada tekanan,” jelasnya lagi.
Mengenai cadangan sekumpulan penyokong yang berhasrat untuk mengadakan de- monstrasi bagi menuntut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan, Ahmad menjelaskan, perkara itu sepatutnya tidak berlaku.
Demonstrasi dengan slogan ‘Suara Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini.
“Dari segi pencapaian, mereka (PBSNT) dah tunjuk kebolehan. Terengganu berjaya menjuarai Piala Malaysia, naib juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super.
“Mana lagi negeri yang ada dua pasukan dari satu negeri berjaya masuk ke peringkat akhir (Piala Malaysia). Kalau ada kurang kat mana tu, kita betulkanlah,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...