SAFIQ (dua dari kiri) dipanggil semula menganggotai skuad Rajagobal.
Semalam, bermula kem latihan pusat sebagai persiapan untuk dua aksi persahabatan antarabangsa menentang India di Guwahati dan Kolkata, 13 dan 16 November ini.
Skuad kebangsaan berlepas ke Pulau Langkawi, Kedah dari KLIA, Sepang semalam untuk sesi ‘merehatkan fikiran’ sebelum kembali berlatih di Wisma FAM Jumaat ini, dan berlepas ke India pada 10 November.
Rajagobal menyenaraikan muka baru seperti penjaga gol Selangor, G Jeevananthan, pemain sayap Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah dan pemain pertahanan skuad Sukan Universiti Dunia, Amir Ridzwan Taj Tajudin.
Antara yang kembali dipanggil ialah Safiq Rahim, Bunyamin Umar, Nasriq Baharom, Azmi Muslim, Aidil Zafuan Radzak, Abdul Hadi Yahaya, Abdul Manaf Mamat, Mazlizam Mohammad, Ashari Samsudin, Sharbinee Allawee Ramli, S Chanthuru dan Rizal Fahmi Rosid.
“Izzaq Faris Ramlan dan Yong Kuong Yong saya fikir akan tersenarai untuk skuad Sukan SEA. Jadi sebagai ganti, saya panggil Khyril Muhymeen Zambri dan Faizal Abu Bakar,” kata Rajagobal yang cuba mengatur satu perlawanan ujian, Selasa depan.
No comments:
Post a Comment