Wednesday, November 2, 2011

Barisan B-23 perlu lebih tangkas


BADDROL  (belakang) antara tulang belakang skuad Kim Swee untuk mempertahan pingat  emas di Jakarta.
BADDROL (belakang) antara tulang belakang skuad Kim Swee untuk mempertahan pingat emas di Jakarta.
Anak buah Kim Swee tidak boleh pandang sepi cabaran Singapura 

SELAKU juara bertahan, skuad bola sepak B-23 Malaysia harus tampil ‘lebih garang’ ketika berdepan Singapura pada aksi sulung Kumpulan A, saingan Sukan SEA 2011 di Gelora Bung Karno, Jakarta, Isnin ini.
Ini kerana, Singapura dibimbing jurulatih, Slobodan Pavkovic cukup berkeyakinan tinggi merealisasikan sasaran mara ke final biarpun sedar, Thailand dan Indonesia turut sama dalam ‘kumpulan maut’ itu selain Kemboja.
“Saya sudah beritahu pemain, jika sesiapa di antara mereka tidak yakin kami mampu melangkah ke final, lebih baik mereka tinggal saja di Singapura. 

“Saya tak janji kami akan mencapai sasaran itu, tetapi saya berkeyakinan tinggi dan kami akan melakukan apa saja untuk merealisasikannya,” kata Pavkovic dipetik dari laman web www.todayonline.com, semalam. 

Kelmarin, Pavkovic mengumumkan 19 daripada 20 pemainnya yang akan dibawa ke Jakarta termasuk tiga pemain yang diberi pelepasan program Khidmat Negara iaitu kapten, Hariss Harun, 21, Safuwan Baharudin, 20, dan Khairul Nizam Kamal, 20. 

Turut tersenarai, tiga lagi pemain kebangsaan Singapura yang lain iaitu penjaga gol, Izwan Mahbud, 21, Shahdan Sulaiman, 23, dan Afiq Yunos, 21. 


Namun skuad negara kendalian jurulatih, Ong Kim Swee tidak seharusnya gusar dengan keghairahan Singapura itu memandangkan Malaysia sepatutnya ‘lebih mantap’ kerana ditunjangi lebih ramai pemain kebangsaan. 

Antaranya penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Asraruddin Putra Omar, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, K Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...