Friday, July 19, 2013

Che Ku Marzuki jurulatih T-Team

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Teka-teki siapa yang akan membimbing T-Team dalam kempen Piala Malaysia akhirnya terjawab apabila tugas itu diberikan kepada penolong jurulatih Che Ku Marzuki Mohd Noor.

Keputusan muktamad pihak pengurusan T-Team itu jelas menghampakan pengendali sementara Eduardo Almeilda yang sebelum ini gah melaungkan kesediaan mahu menjulang piala berprestij itu bersama skuad The Titans.



Pelantikan Che Ku Marzuki itu bagaikan peluang kedua buat pengendali yang mesra dipanggil Jibang untuk membuktikan keupayaannya sekali gus membalas kepercayaan pihak pengurusan.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abd Rasid Jusoh berkata, keputusan melantik Che Ku Marzuki pilihan terbaik selepas menilai pelbagai aspek Menurutnya, pemilihan Che Ku Marzuki tidak bermakna pihak pengurusan tidak mengenang budi Almeilda yang berjaya mengekalkan pasukan itu dalam Liga Super musim depan, tetapi jurulatih dari Portugal itu mempunyai misi besar dalam pembangunan bola sepak The Titans.

“Keputusan tidak melantik Almeilda jurulatih pasukan tidak bermakna khidmatnya bersama T-Team berakhir, sebaliknya kita mahu beliau memberi fokus kepada peranannya sebagai ketua jurulatih dan Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda.

Che Ku Marzuki akan dibantu Khalid Mat Dahan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...