Wednesday, July 3, 2013

Kedah bakal dapat jurulatih baru

Kedah bakal dapat jurulatih baru
Tot (kiri) akan tinggalkan skuad Hijau Kuning akhir bulan ini - Foto Sinar Harian oleh AHMAD ZAKI OSMAN


Sumber: Sinar Harian

PASUKAN  bola sepak Kedah bakal menerima jurulatih baru bagi persiapan Piala Malaysia yang akan berlangsung  Ogos nanti.

Pengurusnya, Datuk Jeffrey Low Hang Chow berkata, pasukan Hijau Kuning terpaksa mencari pengganti  jurulatih sekarang, Mario Tot yang akan mengakhiri kontraknya 31 Julai ini.


"Oleh kerana Kedah sudah layak ke Piala Malaysia, pasukan ini memerlukan jurulatih baru supaya dapat  memberi  persembahan yang baik  ketika  pertandingan  berlangsung.

"Kejohanan itu semakin hampir  dan Kedah  akan menggunakan jurulatih tempatan bagi persiapan Piala Malaysia nanti.

"Beberapa nama jurulatih tempatan sudah  pun  tersenarai  dan biarlah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)  bermesyuarat  serta memutuskannya   pada  pertengahan  bulan ini.

"Diharap pemilihan jurulatih ini akan dapat membantu  Kedah dalam memberi  saingan sengit  pada kempen Piala Malaysia nanti,” katanya  kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum  ini,  terdapat  desas-desus di kalangan  penyokong  bahawa  beberapa  nama jurulatih tempatan  seperti Datuk M Karathu, Norizan  Bakar dan K Devan  telah dikaitkan dengan  pasukan Hijau Kuning  itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...