Wednesday, July 31, 2013

Fandi bukan jurulatih lagi

SUmber: Harian Metro

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Takzim (DT) Fandi Ahmad kehilangan jawatan selaku ketua jurulatih dengan tempatnya digantikan jurulatih Johor, Azmi Mohamed berkuatkuasa serta merta bagi persiapan mengharungi saingan Kumpulan B Piala Malaysia yang bermula 20 Ogos ini.

Bagaimanapun legenda bola sepak Singapura itu masih bersama skuad Harimau Selatan selaku pengurus pasukan untuk berdepan cabaran T-Team, PKNS FC dan FELDA United. Azmi yang dihubungi semalam enggan mengulas lanjut berhubung pelantikannya selaku jurulatih sementara Johor DT tetapi mengesahkan sudah memulakan tugas pertama kelmarin seperti diarah pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).



“Ya, saya sudah mulakan tugas dan kelmarin hari pertama bersama Johor DT. Itu saja yang saya boleh maklumkan,” kata Azmi.

Azmi yang pernah membimbing Johor FC musim lalu turut menaruh harapan semua pemain dan pegawai bersatu demi pasukan untuk memburu kejayaan.


“Pelantikan ini satu cabaran yang perlu saya pikul namun pemain serta pegawai harus bersatu dan bekerjasama. Lupakan apa jua yang berlaku dan tidak terbawa-bawa ke padang kerana ia pasti menjejaskan misi pasukan pada saingan Piala Malaysia.” Johor yang turut beraksi dalam Piala Malaysia akan dikendalikan penolongnya, Edres Selamat. Johor diundi bersama Selangor, ATM dan Sime Darby FC dalam Kumpulan A.


Perkembangan terbaru membabitkan Johor DT itu menguatkan lagi khabar angin mengapa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berusaha mendapatkan khidmat bekas jurulatih kelab Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez yang dijangka berada di Johor Bahru sebelum saingan Piala Malaysia bermula.

Apapun sumber PBNJ berkata, belum ada maklumat rasmi jika keputusan itu dibuat Presiden Tunku Ismail Sultan Ibrahim selain menganggap apa yang dilakukan itu semata-mata bagi memastikan Johor DT menyinar dalam saingan Piala Malaysia.


“Senario itu seakan-akan sama seperti musim lalu ketika Fandi (Ahmad) menjadi pengurus dan K Sukumaran jurulatih Johor dalam saingan Liga Perdana dan pelantikan Azmi pula dilihat mampu mengukuhkan lagi kejurulatihan Johor DT.

“Pada pandangan saya, Fandi tetap bersama Johor DT dan beliau tiada masalah bekerjasama dengan Azmi serta Ismail Ibrahim. Mereka membabitkan kombinasi jurulatih berpengalaman kerana misi utama memburu kejuaraan Piala Malaysia,” katanya.


Johor DT juga hampir pasti mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar yang bakal menyarung jersi Harimau Selatan, dikhabarkan bernilai hampir mencecah RM6.1 juta (AS$2 juta). Dia akan tiba bersama-sama Jiminez dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...