Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Pengurus pasukan negara Datuk Seri Subahan Kamal tidak menyalahkan Datuk K Rajagobal untuk terus melakukan eksperimen meskipun Harimau Malaya seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan menentang Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Subahan turut berkongsi pendapat dengan pengendali berusia 56 tahun itu keputusan menang atau kalah tidak penting kerana ia hanya aksi persahabatan.
“Paling penting pemain diberi peluang sama rata untuk bermain,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatakuasa Eksekutif FAM semalam .
Beliau berkata, semua pihak sepatutnya memberi peluang kepada Rajagobal memperbaiki kelemahan sebelum berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
“Perlawanan Ahad ini lebih penting kerana bukan mudah bagi Harimau Malaya mendapat peluang beraksi bersama kelab terkemuka seperti Chelsea.
“Kita bukan mengharapkan kemenangan tapi biarlah skuad kebangsaan dapat mempamerkan aksi menarik dan tidak menghampakan peminat bola sepak negara.” Subahan meyakini kemampuan Harimau Malaya dan berharap mereka mampu melakukan perubahan corak permainan pada aksi menentang Chelsea.
“Perlawanan menentang Chelsea memberi pendedahan terbaik kepada pemain sebelum berdepan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos dan Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Oktober.”
No comments:
Post a Comment