Thursday, July 11, 2013

Universiade: Harimau Muda A mara suku akhir

Sumber: Sinar Harian

SKUAD Harimau Muda A berjaya mara ke suku akhir temasya Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) setelah Itali hanya mencatat kemenangan 1-0 kepada Britain dalam perlawanan ketiga Kumpulan C malam tadi.

Keputusan itu membolehkan pasukan bimbingan Ong Kim Swee muncul naib juara kumpulan C di belakang Britain selepas mempunyai kelebihan jaringan gol bagi mengiringi pasukan itu ke suku akhir.



Ketiga-tiga pasukan terikat dengan tiga mata namun perbezaan jaringan membezakan mereka.

Malaysia sebelum ini memulakan saingan dengan baik apabila menewaskan Itali 2-0 sebelum tunduk 0-2 kepada Great Britain pada aksi kedua.

Bagaimanapun, Malaysia menang percuma pada jadual perlawanan ketiga hari ini dengan ketiadaan Algeria.

Pada perlawanan suku akhir Jumaat ini, Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan Jepun di Stadium Trudovye Rezervy di sini pada pukul 5 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

2 comments:

  1. Semoga pasukan Harimau Muda A berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Lawan Jepun habis-habisan..

    blogbualsukan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. At least dapat menaikkan skit martabat bolasepak Malaysia :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...