Sumber: Metro online
Kangar: Khidmat dua awang import Perlis yang dipinjam dari Kelantan
bagi menggalas cabaran pada kempen Liga Malaysia musim ini bakal
ditamatkan, akhir bulan ini.
Pengurus Perlis Shahruddin Ismail ketika mengesahkan tindakan
menamatkan khidmat kedua-dua pemain Ghana itu, pertahanan tengah, Okinne
Emmanuel Ayaah dan penyerang, Antwi Dennis Agyare itu berkata,
keputusan itu terpaksa diambil berikutan aksi kurang memberangsangkan
sepanjang kempen Liga Malaysia, setakat ini.
“Tindakan itu bertujuan untuk membawa masuk dan mendaftar dua tenaga import baru bagi memantapkan baki cabaran musim ini,” katanya.
Shahruddin berkata, bagi mengisi kekosongan itu beberapa pemain luar
negara termasuk sebuah negara Eropah dijangka menjadi pilihan untuk
didaftarkan.
“Bagaimanapun, kita tidak akan terburu-buru sebaliknya mereka akan diuji terlebih dulu sebelum didaftarkan.
“Selain itu, sekurang-kurangnya dua pemain tempatan sedia ada juga bakal ditamatkan kontrak bagi memberi laluan kepada dua pemain lain.”
No comments:
Post a Comment