Sumber: Utusan Online
K. Rajagobal cuba merampas bola daripada kawalan pemain skuad kebangsaan, Abdul Manaf (kiri) dalam latihan pasukan Harimau Malaya di padang Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam. Malaysia akan menentang Arab Saudi pada perlawanan persahabatan 17 Mac ini. - UTUSAN/Izham Jaafar |
PETALING JAYA - Bukan persahabatan biasa, tetapi ukuran awal menguji tahap pemain.
Itu penjelasan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas
ditanya tentang persiapan anak-anak buahnya menguji kemampuan Arab
Saudi di Stadium Shah Alam, 17 Mac ini.
Katanya, pertemuan tersebut akan digunakan sebaik mungkin oleh
anak-anak buahnya terutama sekali dalam berebut tempat dalam kesebelasan
utama bertemu Yemen, lima hari selepas itu di gelanggang yang sama.
"Saya juga tidak berasa terjejas dalam persiapan pasukan ini walaupun
pada sesi pertama hari ini (semalam), sembilan pemain tidak dapat hadir
melaporkan diri kerana mempunyai tugas bersama pasukan Selangor dan
Kelantan dalam saingan Piala AFC," katanya ketika ditemui media sebelum
sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini,
semalam.
Sembilan pemain yang telah dinyatakan Rajagobal ialah Norazlan
Razali, Abdul Shukur Jusoh, Mohd. Amri Yahyah, Mahalli Jasulli dari
Selangor serta Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Bahdri Mohd. Radzi, Nik
Shahrul Azim dan Shakir Shaari (Kelantan).
Jelasnya, dia tidak risau tentang kelewatan pemain Selangor dan
Kelantan yang lambat melapor diri untuk bersama pemain lain kerana dia
tidak berhak menghalang mereka.
"Saya mempunyai tempoh dua atau tiga hari sebelum perlawanan
menentang Arab Saudi untuk menilai tahap kecergasan mereka tetapi saya
tidak mahu terlalu memikirkan situasi tersebut.
"Kita juga akan menilai tahap kemampuan pemain yang mengalami
kecederaan seperti K. Reuben, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Mohamad Aidil
Zafuan Abd. Radzak," kata Rajagobal
No comments:
Post a Comment