Sumber: Harian Metro
Kangar: Perlis yang berkunjung ke selatan tanah air menentang Johor
pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang yakin
membawa pulang mata.
Pengurus, Shahruddin Ismail berkata, misi itu tidak mustahil
berdasarkan peningkatan memberangsangkan skuad kendalian Yunuf Alif pada
aksi Liga M selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat
perlawanan termasuk terbaru menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM),
3-1, Jumaat lalu.
“Kejayaan yang dicipta menyuntik semangat pasukan apabila turun berdepan Johor pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jumaat ini (esok),” katanya.
Shahruddin berkata, kemenangan ketiga aksi Liga Perdana ke atas PDRM
secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pemain untuk terus memburu
kemenangan.
Biarpun mengaku bukan suatu tugas mudah untuk direalisasikan, itulah sasaran diletakkan ke atas setiap pemain yang bakal diturunkan pada pertemuan ke-10 itu.
“Kami akur pertemuan ini sukar kerana Johor turun berbekal kelebihan selaku tuan rumah pasti tidak memberikan laluan mudah untuk Perlis membawa pulang walau satu mata.
“Bagi memastikan impian itu tidak tersasar, pemain bukan saja perlu
meneruskan rentak persembahan hebat malah mempamerkan semangat juang
selain keyakinan tinggi.”
No comments:
Post a Comment