Saturday, March 30, 2013

Sekretariat FAM tidak terbabit

Sumber: Metro Online
 
“Mungkin ada komplot untuk menjatuhkan Datuk K Rajagobal dan media digunakan sebagai alat oleh pihak terbabit”. Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad ketika ditanya mengenai kemungkinan ketua jurulatih kebangsaan itu bakal dikenakan tindakan apabila dipanggil menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut FAM.

 
Pengendali berusia 56 tahun itu didakwa mengkritik dasar FAM kerana menyatakan kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) menyumbang kepada masalah ketandusan penyerang skuad negara.

Rajagobal didakwa mengeluarkan komen itu pada sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tumpas 1-4 di tangan Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada 17 Mac lalu.

“Saya mengesahkan sekretariat FAM tidak terbabit namun mungkin ada plot dalam keluarga (FAM) untuk menyingkirkan Rajagobal,” kata Azzuddin.

Azzuddin yang dilantik sebagai Setiausaha Agung pada 2007 menyatakan Rajagobal masih mempunyai hak untuk mempertahankan diri apabila dipanggil menghadap Jawatankuasa Tatatertib.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...