Thursday, October 31, 2013

45 minit habis 15,000 tiket

Foto
Sumber: Harian Metro
Shah Alam: Sejumlah 15,000 tiket final Piala Malaysia yang dijual di Stadium Shah Alam habis hanya dalam masa 45 minit selepas 12 kaunter dibuka seawal jam 9 pagi semalam.

Proses penjualan yang begitu pantas itu menyebabkan ramai penyokong Pahang serta Kelantan yang berhasrat menyaksikan final membabitkan dua pasukan Pantai Timur pada Ahad ini, berasa kecewa. 



Ini kerana, ada sebilangan daripada mereka sanggup bermalam berhampiran kaunter tiket seawal jam 11 malam semalam semata-mata mahu mendapatkan tiket seawal mungkin.
Khairuddin Zainal Abdul adalah salah seorang penyokong yang sangat kecewa kerana gagal mendapatkan tiket selepas sanggup menempuh perjalanan jauh dari Jengka, Pahang dan menunggu seawal jam 12 malam. 

“Memang teramat kecewa sebab saya datang ke Shah Alam jam 12 malam tadi (semalam) bersama penyokong lain untuk mendapatkan tiket seawal mungkin.
“Tapi malangnya penjualan tiket sangat pantas sebab bukan penyokong Pahang dan Kelantan saja, malah penyokong negeri lain pun mahu menyaksikan perlawanan akhir ini,” katanya.

Sementara itu seorang penyokong Kelantan, Mohd Yusof Ismail yang kecewa gagal mendapatkan tiket mendesak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memikirkan kaedah baru penjualan tiket.

“Saya harap sistem penjualan tiket pada masa depan lebih teratur. Kasihan melihat mereka yang datang dari jauh tetapi tak dapat tiket,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...