Sumber: Harian Metro
Kuantan: Bekas kapten Pahang 1983, Datuk Jamal Nasir Ismail yang
membantu Tok Gajah muncul juara Piala Malaysia kali pertama percaya
gelaran juara mampu dirangkul kali ini.
Biarpun Kelantan masih menjadi pilihan, Jamal Nasir yang juga bekas
pemain kebangsaan berkata, skuad kendalian Dollah Salleh boleh
menunaikan misi itu.
Menurutnya, penantian 21 tahun selepas 1992 adalah tempoh panjang dan seharusnya peluang terbaik itu dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Saya percaya Kelantan yang sudah menjuarai piala ini pada 2010 dan
2012 tidak terlalu teruja jika dibanding Pahang yang kali terakhir
beraksi di final pada 1997,” katanya.
Mengimbas final Piala Malaysia 1983, Jamal Nasir berkata, ia detik paling bersejarah dan tidak akan dilupakan terutama diberi tanggungjawab selaku kapten Pahang.
Jamal Nasir berkata, ketika itu, Pahang yang tidak menghadapi sebarang masalah kecederaan begitu teruja kerana kali pertama menjejakkan kaki ke final idaman semua pasukan.
Katanya, dengan prestasi terbaik dipersembahkan termasuk sokongan
padu penyokong setia membantu memadamkan impian Selangor yang digelar
Gergasi Bola Sepak Malaysia.
“Selangor ketika itu memang hebat dan sukar ditewaskan kerana dibarisi pemain kebangsaan dan Pahang pula dilabel pasukan ‘underdog’.
“Bagaimanapun, kami tidak mempedulikan mereka kerana tumpuan hanya
pada perlawanan selepas tujuh kali beraksi di separuh akhir yang
membuatkan semangat untuk menjulang Piala Malaysia begitu tinggi.
No comments:
Post a Comment