Sumber: harian Metro
Kota Bharu: Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mengaku perlu membuat
persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk menyelamatkan
sepakan penalti jika terikat dengan keputusan seri berdepan Pahang, Ahad
ini.
Khairul Fahmi berjanji menggunakan pengalamannya untuk menyelamatkan
gawang dan mengaku perlukan kekuatan mental jika perlawanan diheret ke
masa masa tambahan atau penentuan penalti.
Bagaimanapun dia tetap berharap perlawanan berakhir dalam tempoh 90
minit dengan kemenangan memihak The Red Warriors (TRW) sekali gus
membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk dua tahun berturut
turut.
“Kita tahu Pahang mantap dan bermain pantas. Saya perlu bersedia jika kemenangan bakal ditentukan sepakan penalti. Pada masa itulah saya akan gunakan semua pengalaman untuk menyelamatkan gawang.
“Kita tahu Pahang mantap dan bermain pantas. Saya perlu bersedia jika kemenangan bakal ditentukan sepakan penalti. Pada masa itulah saya akan gunakan semua pengalaman untuk menyelamatkan gawang.
“Bagaimanapun, saya harap kami mampu menewaskan Pahang dalam tempoh
90 minit bagi mengelakkan tekanan ataupun masalah kepenatan. Mental
pemain perlu kuat jika perlawanan diheret ke masa tambahan,” katanya.
Barisan benteng perlu diperkukuh selepas tonggak pertahanan, Obinna Nwaneri tidak dapat beraksi kerana menerima dua kad kuning.
Katanya, pemain yang bakal menggantikan tempat Nwaneri perlu bijak membaca gerakan lawan yang banyak melakukan hantaran lintang berbahaya menerusi pemain sayap R Gopinathan dan penyerang Azamuddin Mohd Akil.
“Mungkin ketiadaan Nwaneri melonggarkan benteng namun saya yakin pemain lain mampu menutup kelemahan itu.”

No comments:
Post a Comment