Tuesday, October 22, 2013

KFA cari jurulatih import dari Cardiff

Sumber: Harian Metro

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang dalam perbincangan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC. bagi mendapatkan khidmat jurulatih import pada musim depan.

Setiausaha Kehormatnya, Aminuddin Omar berkata, KFA yakin Cardiff City mempunyai barisan jurulatih berwibawa dan berpengalaman untuk dibawa ke negeri ini untuk membimbing pasukan Kedah.

Katanya, beliau percaya Cardiff City dapat membantu KFA dalam meningkatkan prestasi pasukan skuad Kenari musim depan terutama dalam aspek kejurulatihan dan pendekatan terkini dalam arena bola sepak. 

“Walaupun begitu, buat masa ini keputusan mengenai siapa bakal menjadi jurulatih Kedah masih belum diputuskan, tetapi yang pasti kemungkinan KFA akan mendapatkan khidmat jurulatih import dengan bantuan Cardiff City,” katanya, semalam.


Sebelum ini, Kedah dibimbing Datuk Ahmad Shafie menggantikan Mario Tot dari Croatia.


Sementara itu, dalam perkembangan sama, Aminuddin tidak menafikan terdapat desakan supaya jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah kembali menerajui Kedah musim depan. 

“Kita akui ada desakan daripada penyokong setia Hijau Kuning untuk mendapat semula khidmat Azraai tetapi setakat ini apa yang boleh saya katakan, masih belum ada sebarang perbincangan mengenai perkara itu. 

“Apa yang pasti buat masa ini KFA hanya berbincang dengan Cardiff City bagi mendapatkan kerjasama untuk khidmat jurulatih import,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...