Monday, October 28, 2013

Penantian 16 tahun Pahang berakhir

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh bangga dengan persembahan anak buahnya biarpun gagal mempamerkan prestasi seperti diharapkan apabila mara ke final Piala Malaysia menerusi agregat 4-2 selepas mengikat Sarawak 1-1 pada aksi separuh akhir kedua di Kuching, kelmarin.

Kejayaan itu menamatkan penantian 16 tahun untuk beraksi pada final saingan piala berprestij itu.

Dollah memuji persembahan tiga pemain gantian yang berjaya mengubah corak permainan pasukan selepas ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama.

“Kejayaan ke final detik paling manis selepas Pahang sudah begitu lama tidak beraksi di peringkat tertinggi,” katanya.

Pada aksi separuh akhir kedua itu, gol penyerang gantian, Mohd Fauzi Rozlan membantu skuad Tok Gajah ke final.

Dua pemain gantian lain yang turut memberikan sumbangan adalah Mohd Saiful Nizam Miswan dan Mohd Faizol Hussain.

Mengulas perlawanan kelmarin, Dollah mengaku pemainnya tidak bermain seperti diharapkan hingga menyebabkan Sarawak berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Menurutnya, skuadnya bernasib baik kerana barisan serangan Sarawak gagal melakukan penyudah tepat.

“Oleh itu, saya harap semua pemain bersiap sedia mengharungi cabaran lebih getir bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...