Monday, October 28, 2013

Pemain perlu fokus

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak mahu isu perpindahan jurulatih Bojan Hodak dan pemain mengganggu fokus juara bertahan itu menjelang final Piala Malaysia, Ahad ini.

Bekas jurulatih Perak Steve Darby hampir pasti menggantikan Hodak musim depan ketika pengendali dari Croatia itu dilapor menuntut bayaran gaji lumayan mencecah RM800,000 selepas membawa gergasi Pantai Timur itu meraih tiga kejuaraan musim lalu dan KAFA tidak mampu memenuhinya.


Memburukkan keadaan, Hodak turut mengesahkan akan meninggalkan Kelantan musim depan dan dikaitkan dengan beberapa pasukan lain yang menagih khidmatnya seperti Pulau Pinang dan T-Team.

“Saya rasakan lebih baik kita memberikan tumpuan untuk aksi final terlebih dulu. “Selepas itu barulah kita berbincang mengenai perkara ini,” kata Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim.

Tambahnya, situasi sama turut dialami pemain apabila pelbagai spekulasi timbul sejak Piala Malaysia memulakan saingan lagi.

Sejumlah tonggak Kelantan dilaporkan mendapat tawaran lumayan daripada beberapa pasukan lain selepas kehebatan yang dipamerkan mereka dalam kancah saingan liga domestik.

“Saya tidak mahu fokus mereka terganggu,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...