Thursday, October 31, 2013

Safee Sali bakal ubah angin musim depan

Sumber: Sinar Harian & Bernama

KUALA LUMPUR - Penyerang nombor satu negara, Safee Sali bakal mengubah angin apabila beberapa kelab dari Indonesia dan Thailand berminat menggunakan khidmatnya tahun depan.

Safee yang menerima tawaran dari kelab Arema FC dan Persib Bandung dari Indonesia serta Supanburi FC dari Thailand, bagaimanapun berkata setakat ini beliau belum membuat keputusan kerana menghormati kontraknya bersama Johor Darul Takzim (JDT) yang akan tamat, akhir November ini.

45 minit habis 15,000 tiket

Foto
Sumber: Harian Metro
Shah Alam: Sejumlah 15,000 tiket final Piala Malaysia yang dijual di Stadium Shah Alam habis hanya dalam masa 45 minit selepas 12 kaunter dibuka seawal jam 9 pagi semalam.

Proses penjualan yang begitu pantas itu menyebabkan ramai penyokong Pahang serta Kelantan yang berhasrat menyaksikan final membabitkan dua pasukan Pantai Timur pada Ahad ini, berasa kecewa. 

Yakin juara

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Bekas kapten Pahang 1983, Datuk Jamal Nasir Ismail yang membantu Tok Gajah muncul juara Piala Malaysia kali pertama percaya gelaran juara mampu dirangkul kali ini.

Biarpun Kelantan masih menjadi pilihan, Jamal Nasir yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, skuad kendalian Dollah Salleh boleh menunaikan misi itu.

Menurutnya, penantian 21 tahun selepas 1992 adalah tempoh panjang dan seharusnya peluang terbaik itu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Misi besar Apek

Foto

Sumber: harian Metro
 
Kota Bharu: Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mengaku perlu membuat persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk menyelamatkan sepakan penalti jika terikat dengan keputusan seri berdepan Pahang, Ahad ini.

Khairul Fahmi berjanji menggunakan pengalamannya untuk menyelamatkan gawang dan mengaku perlukan kekuatan mental jika perlawanan diheret ke masa masa tambahan atau penentuan penalti.

Wednesday, October 30, 2013

Perlis mungkin tarik diri beraksi di Liga Perdana

Sumber: Harian Metro

Kangar: Skuad Singa Utara terus dirundung malang apabila kemungkinan terpaksa menarik diri daripada beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Ini kerana Perlis tidak layak mendaftar ekoran keengganan kerajaan negeri menjadi penjamin dana kewangan mereka. 

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Rozabil Abdul Rahman mengesahkan keengganan kerajaan negeri menandatangani borang jaminan kewangan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Tuesday, October 29, 2013

Tak tamak

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: “Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan dan berapa banyak jumlah gol. Saya hanya mahu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia”.

Itu azam penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme yang mahu memastikan trofi berprestij itu kekal bersama The Red Warriors (TRW) musim ini.

Komitmen tinggi disuarakan Nwakaeme pastinya membuka ruang lebih luas kepada barisan penyerang lain untuk meledak jaringan.


Monday, October 28, 2013

‘Jual secara tersusun’

Sumber: Harian Metro
 
Seremban: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta menyediakan satu garis panduan mengenai penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad ini, bagi mengelak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak mahu masalah membabitkan aktiviti penjualan tiket sebelum ini berulang hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan akhirnya menjejaskan keselamatan peminat.

Pemain perlu fokus

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak mahu isu perpindahan jurulatih Bojan Hodak dan pemain mengganggu fokus juara bertahan itu menjelang final Piala Malaysia, Ahad ini.

Bekas jurulatih Perak Steve Darby hampir pasti menggantikan Hodak musim depan ketika pengendali dari Croatia itu dilapor menuntut bayaran gaji lumayan mencecah RM800,000 selepas membawa gergasi Pantai Timur itu meraih tiga kejuaraan musim lalu dan KAFA tidak mampu memenuhinya.

Penantian 16 tahun Pahang berakhir

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh bangga dengan persembahan anak buahnya biarpun gagal mempamerkan prestasi seperti diharapkan apabila mara ke final Piala Malaysia menerusi agregat 4-2 selepas mengikat Sarawak 1-1 pada aksi separuh akhir kedua di Kuching, kelmarin.

Kejayaan itu menamatkan penantian 16 tahun untuk beraksi pada final saingan piala berprestij itu.

Sunday, October 27, 2013

PIALA MALAYSIA 2013: Separuh Akhir Ke 2 (26 Okt 2013)



26 OKTOBER (SABTU)
Stadium Negeri
8:15pm
SARAWAK FA
1
1
PAHANG FA
Bobby Gonzales
Mohd Fauzi Roslan
PAHANG FA LAYAK AGREGAT 4 - 2

Friday, October 25, 2013

PIALA MALAYSIA 2013: Separuh Akhir Ke 2 (25 Okt 2013)



SEPARUH AKHIR KEDUA
25 OKTOBER (JUMAAT)
Stadium SMIV KB
8:45pm
KELANTAN FA
2
2
ATM FA
Ahmad Fakri Saarani
Mohd Badri Radzi
Marlon Alex James (2)

Thursday, October 24, 2013

‘Badang’ dedah rahsia

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Berlatih ala ‘tomoi’ dengan menendang dan menggelecek buah kelapa, malah sesekali menendang pokok kelapa selain mengangkat serta merempuh bebanan seberat 70 kilogram adalah rahsia kekuatan ‘Badang’ skuad Kelantan, Dickson Nwakaeme yang juga pemain kelahiran Lagos, Nigeria.

Malah, Nwakaeme sering berlatih di kawasan pantai sejak berusia 12 tahun bersama adiknya Anthony Nwakamae, 24, sekali gus membantu menguatkan otot dan tubuh pemain berusia 27 itu tanpa perlu menjalani latihan di gimnasium.

Tuesday, October 22, 2013

Abu Bakar ganti Azraai

Zainol Fadzi menunjukkan laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai hasrat Mohd. Azraai mahu meninggalkan pasukan Seladang pada sidang akhbar di Ipoh, semalam. Turut kelihatan Abu Bakar. - Utusan/Zulkarnain Saidin




Sumber: Utusan malaysia

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mempertaruhkan sentuhan bekas pemain negeri itu untuk menjulang semula skuad Seladang apabila melantik Abu Bakar Fadzim sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super musim depan.

Abu Bakar, 43, merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Perak yang beraksi pada posisi tengah dan pertahanan skuad Yob pada tahun 1991 hingga 2003, seangkatan dengan legenda Perak, Azizol Abu Hanifah.

Sepanjang tempoh tersebut, Abu Bakar membantu Perak memenangi dua Piala Malaysia dan dua Piala Sumbangsih.

KFA cari jurulatih import dari Cardiff

Sumber: Harian Metro

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang dalam perbincangan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC. bagi mendapatkan khidmat jurulatih import pada musim depan.

Setiausaha Kehormatnya, Aminuddin Omar berkata, KFA yakin Cardiff City mempunyai barisan jurulatih berwibawa dan berpengalaman untuk dibawa ke negeri ini untuk membimbing pasukan Kedah.

Katanya, beliau percaya Cardiff City dapat membantu KFA dalam meningkatkan prestasi pasukan skuad Kenari musim depan terutama dalam aspek kejurulatihan dan pendekatan terkini dalam arena bola sepak. 

“Walaupun begitu, buat masa ini keputusan mengenai siapa bakal menjadi jurulatih Kedah masih belum diputuskan, tetapi yang pasti kemungkinan KFA akan mendapatkan khidmat jurulatih import dengan bantuan Cardiff City,” katanya, semalam.

‘Dua gol belum cukup’

Foto
AZAMUDDIN Akil (kiri) meraikan jaringan pertamanya ketika menentang Sarawak.

Sumber: Harian Metro

Kuantan: Kelebihan dua gol belum memberi jaminan kepada Pahang untuk beraksi di final Piala Malaysia musim ini.

Kapten Pahang Jalaluddin Jaafar mengharapkan prestasi cemerlang di Stadium Darulmakmur dibawa pada aksi separuh akhir kedua ke Stadium Negeri, Kuching, Sabtu ini.

Saturday, October 19, 2013

PIALA MALAYSIA 2013: Separuh Akhir Pertama (18 Okt 2013)

SEPARUH AKHIR PERTAMA
18 OKTOBER (JUMAAT)

Stadium MP Selayang
8:45pm
ATM FA
1
2
KELANTAN FA
Christie Jayaseelan
Mohd Badri Radzi
Norfarhan Mohamad

Friday, October 18, 2013

Gantung pemain langgar kontrak

Sumber: Sinar Harian

PEMAIN yang didapati melanggar kontrak perlu digantung sekurang-kurangnya tidak dibenarkan bermain untuk mana-mana pasukan dalam tempoh satu musim.

Demikian saranan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang melihat isu pemain dicuri atau melanggar kontrak semakin menjadi-jadi meskipun telah mempunyai perjanjian dengan pasukan lain.

Menurutnya, gantung merupakan hukuman setimpal yang perlu diberikan kepada pemain bagi memberi peringatan di mana isu melanggar kontrak adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dalam pasukan.

Ngap Sayot ‘panas’

Sumber: Harian Metro

Kuching: Dengan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia cuma berbaki sehari, jurulatih Sarawak Robert Alberts sudah mula merasai tekanan bakal dilalui terhadap skuad bimbingannya ketika berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Kehilangan kapten pasukan, Joseph Kalang Tie yang digantung satu perlawanan kerana menerima kad kuning kedua ditambah pula nasib tidak menentu menimpa pertahanan tengah, Ronny Harun memaksa jurulatih kelahiran Belanda itu membuat percaturan baru. 

Kalang secara rasmi diketepikan pada perlawanan itu, dan keadaan ini membuatkan Alberts mengerah otak menentukan calon paling layak menggantikannya. 

Thursday, October 17, 2013

Kelayakkan Piala Asia 2015: Malaysia vs Bahrain (16 Oktober 2013)

Sumber: AFC Website


Shah Alam: Norshahrul Idlan Talaha equalised with 20 minutes left as Malaysia denied Bahrain a third consecutive win in the AFC Asian Cup 2015 qualifiers in a 1-1 draw at the Shah Alam Stadium on Tuesday.

Abdullah Ahmed Saleh put the Group D leaders ahead when he curled the ball in just before half-time but Norshahrul deservedly levelled the score for the hosts with a similar effort after the interval.

Sunday, October 13, 2013

Kelantan 'tawan' Piala Presiden

Kelantan 'tawan' Piala Presiden

Sumber: Berita Harian

Stadium ‘keramat’ memihak tuan rumah atasi juara bertahan 2-1

Kuala Lumpur: Tuah beraksi di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan jelas membawa tuah buat tuan rumah apabila dinobatkan juara Piala Presiden selepas mengalahkan juara bertahan, Perak 2-1, malam tadi. 

Turun selaku juara empat kali, anak buah Sidek Shamsudin jelas dahagakan kejayaan dan kemenangan pada pertandingan edisi ke-29 itu melengkapkan dua trofi kini berada di Kota Bharu selepas skuad senior The Red Warriors menjulang Piala FA. 

Pada babak pertama, tidak banyak gerakan menarik yang dipamerkan kedua-dua pasukan dan bola dilihat lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang. Namun minit ke-12, Perak terlebih dulu mendapat peluang terbaik tetapi rembatan deras G Mugenthirran dari luar kotak penalti sempat ditepis penjaga gol tuan rumah, Mohd Fakhrul Ikram. 

Saturday, October 12, 2013

ATM ‘pulang’ ke Selayang

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan, minggu depan kembali diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pengurus merangkap jurulatih ATM B Sathianathan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan pemain dan penyokong skuad The Gladiators yang lebih selesa pertembungan itu di laman sendiri berbanding Stadium Shah Alam.

Thursday, October 10, 2013

UAE ratah Harimau Malaya

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Skuad negara bukan tandingan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila tewas 1-3 dalam aksi persahabatan di Shenzhen, China, semalam.

Keputusan itu tidak menghadirkan impak positif menjelang pertemuan menentang Bahrain di Stadium Shah Alam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada Selasa.

Wednesday, October 9, 2013

Abdul Rahman pula latih Terengganu musim depan

Sumber: Utusan Malaysia & Bernama

KUALA TERENGGANU 9 Okt. - Jurulatih skuad bola sepak PKNS, Abdul Rahman Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik ketua jurulatih bola sepak Terengganu yang baharu bagi menggantikan E.Elavarasan.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, faktor utama PBSNT memilih Abdul Rahman, 67, adalah kerana beliau merupakan anak jati Terengganu.

"Setelah dilihat, kami percaya beliau bersemangat untuk membawa Terengganu ke arah yang lebih baik pada masa depan.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Elavarasan kerana memberikan komitmen kepada pasukan Terengganu selama menjadi ketua jurulatih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lawan UAE bukan kelas A

Sumber: Utusan Malaysia

PETALING JAYA - Skrip yang sama terus berulang. Walaupun berjaya mendapatkan satu perlawanan persahabatan menentang sebuah pasukan kebangsaan nampaknya ia jelas tidak memberikan sebarang manfaat apabila aksi menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hari ini di Shenzhen, China disahkan bukan perlawanan kelas A.

Perkara itu diberitahu sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, ia disebabkan oleh permintaan UAE sendiri yang tidak bersedia hanya menggunakan penggantian enam pemain dalam aksi persahabatan menentang Harimau Malaya.

Sundra letak jawatan, ubah angin latih NS

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: V Sundramoorthy meletak jawatan sebagai ketua jurulatih LionsXII dan skuad bawah 23 tahun Singapura dan dilapor akan menjadi jurulatih baru Negeri Sembilan.

Media di republik berkenaan melaporkan usaha Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) untuk mengekalkan Sundramoorthy tidak berhasil walaupun menawarkan bayaran gaji sama seperti ditawarkan Negeri Sembilan.

Indra lega kes menyiku ‘tidak melekat’

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: “Syukur...Alhamdulillah!” kata penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin sebaik dimaklumkan yang dia tidak akan didakwa selepas tiada laporan diterima Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) daripada pegawai perlawanan susulan dakwaan dia menyiku penyerang Johor Darul Takzim (DT) Norshahrul Idlan Talaha pada suku akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Indra berkata, berita gembira itu membuatkan dia lega kerana sejak dari awal mengetahui memang tidak bersalah dalam insiden terbabit.

Sathia gesa pemain terima keputusan

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengurus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B Sathianathan meminta pemain menerima keputusan untuk memindahkan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia ke Stadium Shah Alam dan melihat langkah itu demi kebaikan semua pihak.

“Kadang kala pemain tidak faham tindakan yang diambil. Kita melihat pertukaran ini dari sudut keselamatan. Kapasiti di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hanya boleh memuatkan 16,000 penonton dan seandainya lebih ramai yang hadir, dikhuatiri akan menimbulkan masalah lain , termasuk perkara yang tidak diingini. “Kos akan menjadi lebih tinggi kepada ATM andai timbul masalah seperti pintu pecah dan sebagainya. Pastinya penyokong yang datang dari jauh mahu menyaksikan perlawanan (dalam stadium). Lebih baik kita bermain di stadium yang mempunyai kapasiti lebih besar agar perlawanan berlangsung dengan lancar,” kata ketua jurulatih ATM itu.

Tuesday, October 8, 2013

Pemain Harimau Muda A yang akan dilepaskan tahun 2014

Sumber: Facebook Malaysian Football Team

Johor DT bakal rombak pasukan

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) dikhabarkan akan membuat rombakan besar-besaran dalam usaha memburu kejuaraan Liga Malaysia (Liga M) sama ada menjulang Piala Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia pada musim depan selaras dengan impian Tunku Ismail Sultan Ibrahim merevolusikan bola sepak Johor.

Justeru perubahan drastik itu menjanjikan skuad Harimau Selatan berwajah baru dan difahamkan sembilan pemain skuad itu akan dikekalkan manakala beberapa pemain lagi akan diserapkan dalam skuad Johor yang beraksi di Liga Perdana yang turut akan dirombak untuk memburu kejuaraan liga berkenaan. 
Difahamkan pemain yang akan dikekalkan adalah penjaga gol, Muhammad Al-Hafiz Hamzah, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Akram Mahinan, Mohd Hadin Azman, Mohd Nazri Ahmad, kapten Aidil Zafuan Abd Radzak dan Safiq Rahim manakala Ahmad Tharmimi Saiban, Tuah Iskandar, Irfan Abd Ghani dan beberapa pemain lain kemungkinan menyertai Johor di Liga Perdana. 

‘Tak mahu Stadium Shah Alam’

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: “Kelebihan akan memihak kepada Kelantan”.

Itu reaksi salah seorang pemain senior Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak setuju perubahan stadium yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam berbanding Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang menjadi gelanggang tuan rumah Gladiators sepanjang musim ini.

“Bagi pemain, bermain di Shah Alam seolah-olah beraksi di stadium berkecuali yang secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada lawan. Pasti ramai penyokong mereka akan hadir memenuhi stadium.

Monday, October 7, 2013

Separuh Akhir Piala Malaysia 2013: Pindaan Venue (ATM)

Sumber: Website FAM


Sumber: Facebook The Red Warrors Malaysia

Hard lesson for Darul Takzim

Sumber: NST

MALAYSIA CUP: Club discovers money can't buy quick success
DARUL Takzim learned it the hard way that money can't buy success  in the Malaysia Cup.

Kelantan overturned a 4-2 defeat in the quarter-final first leg in Johor Baru by hammering Darul Takzim 6-1 in Kota Baru on Saturday for an 8-5 aggregate win.

Kelantan coach Bojan Hodak now believes his team can go all the way into the final and retain their title.

Coach pays tribute to hat-trick hero Salibasic

Sumber: NST

MUAMER Salibasic underlined his value to Sarawak when he notched his second hat-trick in three matches to power his team into the Malaysia Cup semi-finals in Kuching on Saturday.

The Premier League champions' 3-1 win over Sime Darby in the quarter-finals second leg, which saw Sarawak advance by the same aggregate score, set up a meeting with Pahang on Oct 19 and 26.

Salibasic took his tally in the competition to seven goals with his hat-trick on Saturday and joins Pahang's Matias Conti, Marlon Alex James of Armed Forces and Patrick Wleh of PKNS as the Malaysia Cup top scorers.

Tunku Ismail sedia undur jika tiada trofi

Foto
Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: “Sekiranya saya gagal membimbing Johor menjulang sebarang piala musim depan, saya akan meletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Itu janji saya,” kata Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) menerusi laman web rasmi Johor Fan Club, kelmarin.

‘Cari stadium lebih besar’

Foto

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang Kelantan pada 18 Oktober ini mungkin berlangsung di stadium yang mempunyai kapasiti lebih besar.

Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang mempunyai kapasiti 16,000 penonton sememangnya menjadi gelanggang tuan rumah buat Gladiators musim ini namun ia mungkin mengundang pelbagai masalah terutamanya membabitkan limpahan penonton dan aspek keselamatan kerana kedua-dua pasukan dilihat mempunyai jumlah penyokong ramai.

Saturday, October 5, 2013

PIALA MALAYSIA 2013: SUKU AKHIR KE-2 (5 Oktober 2013)

05 OKTOBER 2013 (SABTU)

Stadium SMIV KB
8:45pm
KELANTAN FA
6
1
JOHOR DARUL TAKZIM FC
Norfarhan Mohamad (2)
Mohd Badri Radzi
Obina Nwaneri
Dickson Nwakaeme
Indra Putra Mahayuddin
Safee Sali
KELANTAN FA LAYAK AGREGAT 8 - 5
Stadium Negeri
8:15pm
SARAWAK FA
3
1
KL SIME DARBY FC
Muamer Salibasic (3)
Mohd Asrol Ibrahim
SARAWAK FA LAYAK AGREGAT 3 - 1

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...