Thursday, September 5, 2013

Bahana nyala suar


Foto
TAUFEK memperagakan gambar kesalahan penyokong Johor DT ketika perlawanan di Sidang Media Wisma FAM, semalam.

Sumber: Harian Metro

Kelana Jaya: Johor Darul Takzim (DT) bernasib malang apabila didenda RM40,000 kerana melakukan kesalahan membabitkan aspek keselamatan stadium.

Penyokong Harimau Selatan didakwa melakukan kesalahan dengan membakar suar dan membaling resit ke dalam padang.



“Johor DT mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Mereka gagal menyediakan anggota keselamatan mencukupi dan difahamkan oleh pegawai pertandingan betapa mudahnya barangan itu dibawa masuk.

“Kami sememangnya memandang serius soal keselamatan terutamanya membabitkan jumlah kehadiran yang ramai,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak.

Insiden berkenaan berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada perlawanan Liga Super antara Johor DT menentang Selangor pada 6 Julai lalu.


“Saya ingin mengingatkan kepada mereka supaya tidak terlalu kerap mengulangi kes seperti ini kerana mereka boleh diarah untuk bermain di stadium kosong (tanpa penonton)”.

“Dua kesalahan seperti ini boleh dikategorikan serius. Bagaimanapun Johor DT dibenarkan membuat rayuan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...