Monday, September 16, 2013

Nasib Raja kabur

Sumber: Harian Metro

Shah Alam: Terdapat pelbagai kemungkinan mengenai masa depan ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal yang bakal tamat kontrak penghujung tahun ini walaupun perlawanan terakhir pada tahun depan menentukan nasib Harimau Malaya sama ada layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 atau sebaliknya.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan perkara berkenaan akan ditentukan apabila tiba masanya.



Skuad kendalian Rajagobal yang kini menghuni kedudukan ketiga Kumpulan D dengan meraih tiga mata akan mengharungi baki tiga perlawanan tahun ini iaitu dua aksi timbal balik menentang Bahrain disusuli Qatar pada November, manakala baki satu lagi perlawanan menentang Yaman pada Mac tahun depan.

“FAM tidak pernah membuka jawatan ini namun dalam kes ini mungkin ramai yang sudah mengetahui kontrak Rajagobal akan tamat pada 31 Disember menyebabkan ramai jurulatih dalam dan luar negara menghantar permohonan. Jadi kami menilai setiap permohonan tetapi belum membuat sebarang keputusan,” jelas Hamidin ketika ditemui di Padang SUK Selangor di Shah Alam semalam.


Seandainya perlawanan terakhir (Yaman) menjadi penentu nasib skuad negara, maka FAM akan tampil dengan satu keputusan sama ada melanjutkan kontraknya atau keputusan lain.


“Itu adalah hak FAM, kita akan buat keputusan apabila masanya sesuai. Namun Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Rajagobal adalah layak ke Piala Asia 2015,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...