Saturday, September 28, 2013

Malam panas!

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Ada dendam yang ingin dilangsaikan Johor Darul Takzim (DT) apabila berdepan Kelantan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam ini.

Apa tidaknya kekecewaan gagal menjulang Piala FA selepas kecundang 0-1 kepada The Red Warriors masih terpendam dan pastinya kemenangan amat diharapkan bagi menebus kekalahan itu ketika di bawah bimbingan Fandi Ahmad.



Kini skuad Harimau Selatan yang dibimbing Azmi Mohamed amat memerlukan kemenangan selesa di laman sendiri sebelum bertandang ke Kota Bharu bagi aksi timbal balik dan pastinya kesebelasan utama yang bakal diturunkan dituntut untuk memberi persembahan melebihi 100 peratus dan menyekat setiap gerakan anak didik Bojan Hodak.

“Rombakan di benteng pertahanan terpaksa dibuat selepas Ahmad Tharmimi (Saiban) (gambar) masih belum pulih dan saya akan menyenaraikan Muhd Nazri (Ahmad) untuk mengisi kekosongan pertahanan tengah, bergandingan dengan Aidil Zafuan (Abd Radzak). “Saya juga lega dengan barisan tengah yang sudah menunjukkan keserasian apabila Safiq Rahim dan Ahmad Ezrine (Shafize) berjaya membentuk persefahaman mantap dengan kombinasi bersama barisan serangan juga dilihat positif.


“Apa yang saya tekankan adalah beri motivasi kepada pemain untuk menebus kehampaan final Piala FA lalu dan ini masa terbaik membalas dendam bagi mencari kemenangan selesa di laman sendiri,” katanya.


Ketika aksi final Piala FA, 22 Jun lalu, Johor DT terpaksa pulang hampa selepas gagal dalam misi menjulang kejuaraan itu buat pertama kali dan pertembungan dengan skuad The Red Warriors ibarat ulangan final dan semestinya Azmi mengharapkan ia berakhir dengan kemenangan buat Harimau Selatan.

Apapun, Azmi tidak menolak betapa kekuatan skuad bimbingan Hodak itu terletak kepada pemain import Dickson Nwakaeme yang sukar disekat dan sehubungan itu menuntut barisan pertahanan memberi sepenuh tumpuan bagi menyekat pergerakan pemain dari Nigeria itu.


“Bukan saja Dickson, malah kelibat Indra Putra (Mahayuddin), Nor Farhan (Muhammad) dan kapten Badhri (Radzi) juga perlu dikawal ketat kerana mereka mampu mencipta jaringan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...