Sunday, September 22, 2013

Patut jejak dari dulu

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengambilan pemain berdarah kacukan untuk mewakili pasukan kebangsaan sepatutnya sudah lama dilakukan.

Begitulah pandangan diberikan bekas jurulatih Harimau Muda A Mohd Azraai Khor Abdullah berhubung usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membawa masuk pemain beraksi di Eropah dan Australia mewakili skuad kebangsaan. 

“Usaha ini sepatutnya sudah dibuat sejak dulu lagi. Ambil saja contoh pendekatan dilaksana Perancis dan Jerman yang menggunakan pemain berdarah campuran sama ada ibu atau bapa mereka beraksi mewakili kelab dan skuad kebangsaan negara itu. 



“Bagi saya genetik berlainan memberikan kesan dan impak berbeza kepada sesebuah pasukan. Paling ketara perlu diberikan penekanan adalah dorongan memiliki mentaliti dan sikap yang betul untuk menjadi pemain profesional sebenar,” katanya.

Azraai mengendali Harimau Muda pada 2010 memiliki rekod cemerlang selaku jurulatih menjulang Piala Malaysia bersama Kedah dan Negeri Sembilan berkata: “Gaji untuk membayar pemain berdarah campuran tidak menjadi isu. Jika mampu membayar ratusan ribu untuk liga sekarang, mengapa tidak?

“Paling penting mendatangkan pulangan. Isu hanya timbul apabila gaji dibayar tinggi tetapi peminat ‘naik angin’ dengan prestasi pasukan malah lebih teruk orang ‘menyumpah! 

Beliau menyatakan proses mengukuhkan pasukan kebangsaan dengan pendekatan pemain kacukan sewajarnya membawa skuad bola sepak negara ke tahap lebih tinggi. 

“Jika membawa balik pemain jenis ini (genetik campuran), memang langkah baik berbanding memberi kerakyatan dan kemudian berharap kualiti bola sepak kita meningkat sekelip mata,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...